PENGGUNAAN STRATEGI PEMETAAN SEMANTIK DALAM PEMBELAJARAN KOLOKASI BAHASA ARAB

Authors

  • Uraidah Abdul Wahab
  • Mat Taib Pa
  • Lily Hanefarezan Asbulah

Keywords:

Kolokasi, Bahasa Arab, Pemetaan Semantik, Strategi Pembelajaran

Abstract

Abstrak: Pengetahuan kolokasi penting dalam pembelajaran bahasa bagi meningkatkan kecekapan berkomunikasi dan kefasihan berbahasa. Oleh itu, kelemahan pengetahuan kolokasi perlu ditangani melalui kesedaran kolokasi (collocational awareness) dan pendedahan strategi pembelajaran kolokasi yang sesuai (Yang & Barfield, 2011). Kajian ini bertujuan menguji keberkesanan strategi pemetaan semantik terhadap penguasaan kolokasi bahasa Arab. Untuk tujuan itu, kaedah kuasi eksperimen ujian pra dan pasca dilaksanakan. Seramai 150 orang pelajar yang sedang mengikuti program Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari empat buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Perak dipilih dan diagihkan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kumpulan eksperimen didedahkan dengan strategi pemetaan semantik, manakala kumpulan kawalan meneruskan pembelajaran dengan strategi sedia ada selama lapan minggu. Data dikumpul melalui ujian kolokasi bahasa Arab Pra dan Pasca. Dapatan ujian Pra menunjukkan pengetahuan kolokasi bahasa Arab sedia ada bagi kedua-dua kumpulan adalah di tahap sederhana rendah. Namun, kajian ini mendapati pencapaian ujian Pasca kumpulan eksperimen mengatasi pencapaian kumpulan kawalan. Maka, terbukti bahawa strategi pemetaan semantik yang diberikan kepada kumpulan eksperimen lebih berkesan berbanding strategi pembelajaran sedia ada kumpulan kawalan. Kesimpulannya, kajian ini berjaya menghasilkan dapatan baharu bahawa strategi pemetaan semantik adalah salah satu sub strategi memori yang berkesan untuk membantu pelajar meningkatkan tahap penguasaan kolokasi bahasa Arab.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2021-07-19 — Updated on 2021-08-02

Versions

Issue

Section

Articles