Main Article Content

Abstract

Pendidikan ialah suatu proses penyemaian dan pengukuhan adab atau ta?dib dalam diri insan. Para ilmuwan Islam menegaskan bahawa pendidikan dalam Islam paling tepat disampaikan melalui konsep ta?dib jika difahami dengan tepat dan betul. Hal yang demikian kerana medan semantik ta?dib meliputi unsur-unsur ilmu (?ilm), pengajaran (ta?lim) dan pertumbuhbesaran (tarbiyah). Pendidikan yang dipancarkan melalui ta?dib berbeza dengan pendidikan yang sekadar pembelajaran dan latihan. Gagasan melahirkan insan yang beradab adalah natijah dari penerapan konsep ta?dib dalam pendidikan. Seorang insan beradab ialah seorang individu yang sepenuhnya sedar dan insaf akan tanggungjawabnya terhadap segala sesuatu yang berkaitan dengan kejayaan dan kebahagiaannya di dunia dan di akhirat, malah ia juga akan berusaha sedaya upaya melakukan tanggungjawab tersebut dengan ikhlas dan mematuhi akhlak dan syariat agamanya. Artikel ini bertujuan menganalisis konsep ta?dib untuk diterapkan dalam pendidikan ke arah pembentukan ilmuwan beradab dengan meneliti pandangan beberapa orang tokoh pendidikan Muslim.

Article Details

How to Cite
Othman, Z. (2013). PEMBENTUKAN ILMUWAN BERADAB MELALUI PENERAPAN KONSEP TA’DIB DALAM PENDIDIKAN: SUATU ANALISIS. Journal of Al-Tamaddun, 8(2), 27–35. Retrieved from https://sare.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8659