KAJIAN IMPAK PERUBAHAN SILIBUS DALAM PROGRAM RANCANGAN PERSEDIAAN KHAS KE JEPUN (RPKJ) THE IMPACT OF SYLLABUS CHANGES IN SPECIAL PREPARATORY PROGRAM FOR JAPANESE UNIVERSITIES
Main Article Content
Abstract
Program Rancangan Persediaan Khas ke Jepun telah melalui beberapa fasa perubahan sepanjang dijalankan selama lebih 30 tahun. Pada tahun 2006 perubahan yang paling ketara adalah apabila sistem peperiksaan pelajar telah bertukar daripada peperiksaan tertutup kepada peperiksaan terbuka peringkat global iaitu EJU (Examination for Japanese Universities’ admission). Kajian ini cuba merintis impak pengggunaan silibus yang digariskan oleh MEXT (Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology, Japan) berdasarkan peperiksaan yang digunakan di dalam program dalam kalangan pelajar dan kakitangan bagi tujuan penambahbaikan program di masa hadapan. Kajian ini dijalanan secara kuantitatif dan kualitatif menggunakan borang kaji selidik dan temubual separa berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa silibus yang digunakan sesuai bagi membantu pelajar mendapatkan tempat di universiti di Jepun. Ia juga dapat membantu pelajar untuk mengikuti kuliah di universiti pada peringkat awal. Walaubagaimanapun, ia tidak dapat menjamin kecemerlangan pelajar di universiti di Jepun. Hal ini dapat dirumuskan berdasarkan beberapa faktor kekangan seperti; i) jurang latarbelakang pendidikan sains dan matematik antara pelajar Malaysia dan Jepun, ii) tempoh masa yang singkat untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran menjawab subjek dalam bahasa Jepun sepenuhnya sebelum peperiksaan, iii) perbezaan kemahiran
Downloads
Article Details
COPYRIGHT. All rights reserved. No part of this journal may be reproduced, copied or transmitted, in any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, and recording or otherwise without proper written permission from the publisher. Any opinion expressed in the articles are those of the authors and do not reflect that of the University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia