40 Tahun Pelaksanaan Program Khas Bahasa Arab (PKBA) Sarawak di Universiti Malaya: Satu Analisis Retrospektif

40 Years of The Implementation of the Special Arabic Language Programme (SALP) Sarawak at Universiti Malaya: A Retrospective Analysis

Authors

  • Hafeezur Rahman Howell Department of Islamic History, Civilization, and Education, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Abd. Aziz Rekan Department of Islamic History, Civilization, and Education, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Mohamad Azrien Mohamed Adnan Department of Islamic History, Civilization, and Education, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Mohd Fauzi Hamat Department of Aqidah and Islamic Thought, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Muhammad Nasir Mohamad Salleh Department of Islamic History, Civilization, and Education, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.

Keywords:

Program Khas Bahasa Arab (PKBA), Majlis Islam Sarawak (MIS), Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Sarawak, Faktor Pelaksanaan

Abstract

Program Khas Bahasa Arab (PKBA) Sarawak merupakan satu aspirasi yang lahir atas semangat membangunkan anak watan dengan ilmu agama yang mampan. Majlis Islam Sarawak (MIS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kerajaan pusat dan Akademi Islam Universiti Malaya (kini dikenali sebagai Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya) merupakan antara entiti penting yang membawa kepada tertubuhnya program ini. Umumnya, penubuhan PKBA Sarawak adalah berfokus kepada partisipasi anak watan Sarawak dalam mempelajari Bahasa Arab secara khusus selama setahun atau dua semester. Kemudian, pelajar lepasan program ini akan menyambung pengajian agama di peringkat Asasi sehingga ke peringkat Sarjana Muda. Alumni keluaran program ini akan kembali semula ke tanah air mereka untuk menyebar luas kefahaman Islam kepada masyarakat mengikut bidang dan kepakaran masing-masing. Justeru, dengan mengambil kira faktor usia program yang telah mencecah 40 tahun pelaksanaannya, maka objektif artikel ini adalah untuk menyorot faktor penubuhan dan pelaksanaan PKBA Sarawak di Universiti Malaya dengan menggunakan pendekatan analisis retrospektif. Pengaplikasian pendekatan ini membantu dalam meninjau semula perjalanan dan faktor penubuhan PKBA Sarawak dengan menganalisis dokumen-dokumen rasmi yang berkaitan. Hasil artikel ini menunjukkan 40 tahun pelaksanaan PKBA Sarawak di Universiti Malaya telah melakar kejayaan menerusi alumninya yang sedang berkhidmat di Sarawak dalam pelbagai bidang agama.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

13-12-2024

How to Cite

Howell, H. R., Rekan, A. A., Mohamed Adnan, M. A., Hamat, M. F., & Mohamad Salleh, M. N. (2024). 40 Tahun Pelaksanaan Program Khas Bahasa Arab (PKBA) Sarawak di Universiti Malaya: Satu Analisis Retrospektif: 40 Years of The Implementation of the Special Arabic Language Programme (SALP) Sarawak at Universiti Malaya: A Retrospective Analysis. Journal of Islamic Educational Research, 10(1), 13–20. Retrieved from https://sare.um.edu.my/index.php/JIER/article/view/55515

Issue

Section

Article