Islamic Legal Texts: A Conceptual Discussion on the Political Scenario in the Middle East.

Main Article Content

Ishak Suliaman

Abstract

Senario politik di negara-negara Arab di Timur Tengah khususnya dengan merujuk kepada Palestin dan Iraq semakin sukar diramalkan. Keadaan ini dilihat semakin bertambah rumit selepas kematian Yassir Arafat dan kemenangan George W. Bush di dalam pilihanraya baru-baru ini bagi penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat. Pelbagai teori politik telah diwarwarkan di dalam menganalisis senario di Timur Tengah. Tidak kurang juga pelbagai cadangan dan jalan penyelesaian yang telah dilakarkan oleh pelbagai pihak terhadap masa depan di Timur Tengah. Sebagai satu input ilmiah, artikel ini mengemukakan konsep maslahah atau kepentingan umum khususnya dengan merujuk kepada dalil-dalil perundangan Islam (nusus naqli) di dalam menganalisis senario di Timur Tengah. Tanpa melibatkan perbincangan usul fiqh terhadap konsep maslahah, artikel ini akan menjurus kepada huraian nusus naqli dan hubungkaitnya dengan maslahah serta senario politik di Timur Tengah.


  

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Suliaman, I. (2005). Islamic Legal Texts: A Conceptual Discussion on the Political Scenario in the Middle East. Jurnal Usuluddin, 21, 63–84. Retrieved from https://sare.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/4226
Section
Articles