Konsep Ahli Kitab Menurut Ibn Hazm dan Al-Shahrastānī

Main Article Content

Mohd Faizal Abdul Khir

Abstract

Makalah ini adalah merupakan analisis bagi memperlihatkan pandangan pemikir Islam terhadap konsep Ahli Kitab. Dua orang pemikir Islam yang diketengahkan adalah Ibn Ḥazm al-Ẓāhirī dan al-Shahrastānī. Pemilihan dua orang tokoh ini berdasarkan kredibiliti mereka dalam bidang perbandingan agama. Pemikiran mereka dianalisis berasaskan dua buah karya karangan mereka dalam bidang perbandingan agama yang menyentuh secara langsung tentang konsep Ahli Kitab; al-Faṣl fī alMilal wa al-Ahwā’ wa al-Niḥal karangan Ibn Ḥazm al-Ẓāhirī dan alMilal wa al-Niḥal karangan al-Shahrastānī. Selain itu, beberapa pandangan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh lain juga diambil kira bagi mengukuhkan kefahaman terhadap konsep ini. Berasaskan pemikiran yang diketengahkan oleh kedua-dua tokoh ini, penulis menggarap ciri-ciri Ahli Kitab yang jelas. Perbahasan yang dikemukakan ini diharapkan dapat memberikan kefahaman yang mapan terhadap pengertian Ahli Kitab. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abdul Khir, M. F. (2011). Konsep Ahli Kitab Menurut Ibn Hazm dan Al-Shahrastānī. Jurnal Usuluddin, 33, 19–42. Retrieved from https://sare.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7423
Section
Articles