Main Article Content

Abstract

Anak adalah aset penting keluarga.  Setiap pasangan berkahwin mahukan anak sendiri. Tidak hairanlah jika kebanyakan mereka mahu mempunyai anak sendiri dalam jangka masa setahun sehingga tiga tahun selepas berkahwin. Sungguhpun begitu tidak ramai pasangan yang bersedia menerima kelahiran anak kurang upaya. Makalah ini adalah berkaitan peranan dan cabaran yang dihadapi dalam mengurus anak kurang upaya yang menghidap Sindrom CHARGE. Isu penting yang dikupas adalah berkaitan keperluan khas yang harus diberikan perhatian oleh ibu bapa dan keluarga khasnya dalam mengurus kanak-kanak berkeperluan khas. Ada di antara mereka yang diabaikan atau didiskriminasi. Terkait dengan itu makalah ini mengupas peranan Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang menjadi perantara di antara ibu bapa, kumpulan pakar perubatan dan badan-badan kebajikan yang memberi sokongan kewangan.  Bahagian akhir makalah ini membincangkan peranan dasar sosial yang berkaitan serta peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Kesihatan Awam, khususnya Bahagian Kesihatan Keluarga dalam mengatur dasar serta pelan tindakan yang sesuai agar dapat dimanfaatkan oleh keluarga yang memerlukan sokongan disebabkan mempunyai anak yang berkeperluan khas.

Keywords

Special needs children CHARGE Syndrome family caregivers medical social workers social support

Article Details