Section Articles

Inovasi Pentadbiran Zakat Pada Zaman Umar al-Khattab

Development of Zakat Administration during Caliph Umar al-Khattab
Hamizul Abdul Hamid
hamizul@zakatselangor.com.my (Primary Contact)
Faisal @ Ahamad Faisal Abdul Hamid

Main Article Content

Abstract

Perbincangan mengenai seseorang tokoh selalunya akan berkisar sumbangan mereka dalam bidang masing-masing. Demikian juga dengan Umar al-Khattab. Selain daripada seorang tokoh sahabat, beliau juga seorang pentadbir yang hebat. Antara buktinya, beliau telah memperkenalkan pelbagai inovasi dalam pengurusan zakat pada zaman pemerintahannya. Artikel ini akan membincangkan dua perkara, iaitu (1) Inovasi yang telah dilakukan oleh Umar al-Khattab dalam bidang pentadbiran zakat, (2) Faktor pemikiran Umar al-Khattab yang mempengaruhinya. Untuk mencapai objektif tersebut, pengkaji mengaplikasikan kaedah kualitatif sepenuhnya dengan merujuk kepada buku atau bahan-bahan bertulis yang berkaitan. Hasil kajian mendapati, Umar al-Khattab telah berjaya memperkenalkan 10 inovasi dalam pentadbiran zakat pada era pemerintahan beliau. Didapati juga, faktor pemikiran Umar al-Khattab sangat mempengaruhinya dalam melakukan inovasi berkenaan. Namun begitu, masih terdapat banyak lagi inovasi dalam pengurusan zakat yang perlu dibincangkan dengan lebih lanjut dalam penulisan yang akan datang.

Keywords

Zakat, Umar al-Khattab, Inovasi Zakat, Pentadbiran Zakat

Article Details

How to Cite
Abdul Hamid, H., & Abdul Hamid, F. @ A. F. (2018). Inovasi Pentadbiran Zakat Pada Zaman Umar al-Khattab: Development of Zakat Administration during Caliph Umar al-Khattab. Al-Muqaddimah: Online Journal of Islamic History and Civilization, 6(2), 1–14. Retrieved from https://sare.um.edu.my/index.php/MUQADDIMAH/article/view/15547