Metodologi Tafsir Al-Quran Secara Al-Isharah: Suatu Penilaian Hukum

Authors

  • Rushdi Ramli

DOI:

https://doi.org/10.22452/fiqh.vol5no1.10

Keywords:

Tafsir, al-Quran, Isyarah, Hukum, Fiqh

Abstract

Al-Quran adalah sebuah kitab yang diturunkan dari sisi Allah, untuk membimbing manusia, ke jalan yang diredai Allah, sebagaimana yang dijelaskan di dalam al-Quran: ?Sesungguhnya al-Quran ini benar-benar memberi pertunjuk ke jalan yang paling lurus.? Surah al-Isra? (17): 9 Peranan dan kedudukan al-Quran sebagai pembimbing dan petunjuk kepada manusia sudah pastinya tidak akan tercapai sekiranya segala isi kandungannya, yang tersurat dan yang tersirat, tidak dapat difahami dan diselami dengan baik oleh manusia, khususnya oleh umat Islam itu sendiri. Malah galakan agar setiap Muslim merenungi, memikir dan memerhatikan maksud dan pengertian setiap ayat-ayat al-Quran telah diperintahkan secara jelas melalui firman Allah yang bermaksud: ?Apakah mereka tidak memerhatikan serta memikirkan isi kandungan al-Quran....? Surah Muhammad (47): 24 Kerana itu sejak dari awal perkembangan Islam, bermula dari era Nabi Muhammad saw sendiri dan disusuli dengan era para Sahabat Nabi SAW, ilmu yang bertujuan untuk menjelaskan segala maksud dan makna yang terkandung di dalam al-Quran, yang kemudiannya diistilahkan sebagai ilmu tafsir, telah berkembang dengan pesat dan terus berkembang sehingga ke hari ini. Sejak dari awal-awal lagi dan di dalam setiap masa dan ketika kita melihat bagaimana para ulama Islam telah mencurahkan segala tenaga dan minda mereka bagi mengungkapkan serta memperjelaskan segala maksud dan pengertian yang dapat difahami dari ayat-ayat al-Quran sehingga lahirnya pelbagai karya tafsir yang amat bernilai, yang dapat ditatapi dan diambil manfaatnya oleh generasi umat Islam sejak dari dahulu sehingga kini. Begitu juga dalam konteks perkembangan ilmu tafsir itu sendiri kita melihat bagaimana para ulama telah mencurahkan segala daya usaha mereka untuk cuba memperjelaskan maksud dan pengertian al-Quran dengan melihat kepada hampir kesemua aspek dan dari semua sudut yang berkaitan dengan al-Quran. Kerana itu kita mendapati terdapat karya tafsir yang memberikan tumpuan yang khusus terhadap aspek hukum-hakam yang terdapat di dalam ayat-ayat al-Quran, terdapat karya tafsir yang memberikan tumpuan terhadap riwayat-riwayat tafsir yang sahih, yang dinaqal serta diriwayatkan dari generasi terawal umat Islam, yang kemudiannya pendekatan tafsir ini diistilahkan dengan ungkapan tafsir bi al-ma?thur. Dan begitu juga terdapat karya tafsir tafsir yang cuba mengenengahkan segala pengertian, maksud dan ?ibrah al-Quran [pengajaran ayat] melalui ijtihad, kekuatan minda dan instrumen bahasa Arab itu sendiri, yang diistilahkan dengan ungkapan tafsir bi al-?aql atau tafsir bi al-ra?y wa al-ijtihad. Selain dari aspek dan sudut yang dinyatakan di atas kita juga mendapati terdapat beberapa karya tafsir tersohor yang, selain dari mengenengahkan maksud al-Quran menurut pendekatannya yang lazim iaitu dengan melihat kepada makna zahir sesuatu ayat, turut merangkumkan tafsiran-tafsiran al-Quran yang difahami secara tersirat dan isyarat. Inilah bentuk tafsir yang diistilah oleh para ulama dengan ungkapan al-tafsir al-Isyari.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2008-12-01

How to Cite

Ramli, R. (2008). Metodologi Tafsir Al-Quran Secara Al-Isharah: Suatu Penilaian Hukum. Jurnal Fiqh, 5, 217–234. https://doi.org/10.22452/fiqh.vol5no1.10

Issue

Section

Articles