Impak Kitaran Harta Tanah Dalam Pasaran Perumahan

Main Article Content

Rohayu Abdul Majid
Rosli Said

Abstract

Kejayaan sebuah pembangunan projek perumahan amnya bergantung kepada keupayaan pasaran
untuk melonjakkan kadar jualan. Faktor pasaran yang kukuh dan dinamik membolehkan pasaran
perumahan bertahan dari satu tempoh ke tempoh yang baru. Namun perubahan pada kitaran harta
tanah (KHT) itu sendiri memberi kesan yang kuat terhadap prestasi penjualan produk harta tanah.
Kertas penyelidikan ini adalah bertujuan mengimbas teori kitaran harta tanah yang berkait rapat
dengan pasaran perumahan. Menerusi penganalisisan literasi ke atas kajian literatur terdahulu, ia
menunjukkan bahawa KHT dilengkapi dengan pelbagai fasa. Setiap perubahan fasa pada kitaran
harta tanah ini telah mewujudkan kedudukan ‘lemah’ dan ‘kukuh’ sekaligus memberikan kesan
yang berbeza terhadap prestasi pembangunan dan pemasaran perumahan. Sehubungan itu, KHT
sewajarnya dijadikan penanda ukur oleh para pelabur dan pemaju hartanah dalam membuat
keputusan yang telus ke atas setiap tindakan pembangunan harta tanah.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles