SOROTAN KAJIAN ANTROPOLOGI BUDAYA MASYARAKAT MELAYU DI KELANTAN A REVIEW OF CULTURAL ANTHROPOLOGY STUDIES ON THE MALAY COMMUNITY IN KELANTAN

Main Article Content

Yang Fan
Shafa'atussara Silahudin

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk menganalisis kajian lepas dalam bidang antropologi budaya yang telah dilakukan di negeri Kelantan. Objektif kajian ini adalah untuk memberi gambaran keseluruhan terhadap tema utama yang dikaji dalam bidang antropologi budaya di Kelantan serta mengenal pasti kekurangan dalam kajian terdahulu dan cadangan bagi penyelidikan masa depan. Permasalahan kajian ini ialah jurang pengetahuan lantaran perkembangan terbaharu yang belum dikaji dalam literatur yang sedia ada. Pendekatan ini justeru mengenal pasti isu yang memerlukan penelitian lanjut untuk menghasilkan pemahaman yang menyeluruh. Kajian ini mendapati terdapat empat tema utama yang diberi perhatian. Ini meliputi struktur sosial dan ekonomi, adat-istiadat masyarakat Melayu di Kelantan, kesenian tradisi, dan hubungan dan integrasi budaya antara etnik yang berbeza di Kelantan. Kajian ini menggariskan keistimewaan negeri Kelantan dari segi ekonomi, perkembangan politik, budaya, adatistiadat, gaya hidup, hubungan etnik dan dialek. Dapatan kajian juga menunjukkan masyarakat Melayu Kelantan dapat menyesuaikan diri menghadapi cabaran moden meskipun masih mengekalkan budaya tradisi. Daya penarik bagi penyelidik tempatan dan antarabangsa menjalankan kajian dalam bidang antropologi budaya di Kelantan ialah negeri ini kaya dengan sumber sejarah, budaya dan warisan masyarakat yang berbeza dari negeri-negeri lain di Malaysia. Kajian ini menegaskan kepentingan pemahaman mendalam terhadap elemen budaya dan sosial yang bukan sahaja menambah kepada literatur antropologi budaya tempatan, malah memberi manfaat dalam memahami kerencaman budaya masyarakat Melayu. Negeri Kelantan menawarkan konteks penyelidikan yang kaya dengan nilai budaya yang tidak hanya menarik bagi kajian akademik tetapi berguna untuk merangka dasar yang menyokong pemeliharaan budaya tempatan. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Yang Fan, & Shafa’atussara Silahudin. (2024). SOROTAN KAJIAN ANTROPOLOGI BUDAYA MASYARAKAT MELAYU DI KELANTAN: A REVIEW OF CULTURAL ANTHROPOLOGY STUDIES ON THE MALAY COMMUNITY IN KELANTAN. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 7(1), 37–50. Retrieved from https://sare.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/56713
Section
Articles

References

Abdul Hamid, F. (2014). Dilema pemeliharaan Dikir Barat di Kelantan dalam arus modenisasi. Jurnal Kebudayaan Malaysia, 7(2), 33-47.

Ab. Ghani, N. (1992). Kemiskinan di kalangan petani padi: Satu kajian kes di Kampung Surau, Pasir Puteh, Kelantan (Latihan Ilmiah). Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Ahmad, S. A. (2020). Keunikan dan kelangsungan seni persembahan Mak Yong di Kelantan: analisis faktor sokongan kerajaan. Jurnal Seni dan Warisan Melayu, 15(4), 76-92.

Arfin, A. (1990). Peniaga-peniaga kecil di sempadan Rantau Panjang (Latihan Ilmiah). Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Ariffin, M. (1975). Integrasi dan asimilasi di bandar Tumpat Kelantan (Latihan Ilmiah). Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Awang, Z. (2003). Seni persembahan Mak Yong di Kelantan: Warisan budaya dan cabaran kelangsungan. Kota Bharu: Penerbit Universiti Malaysia Kelantan.

Cushman, J. (1993). Fields from the sea: Chinese junk trade with Siam during the late eighteenth and early nineteenth centuries. Cornell University.

Firth, R. (2002). Malay Fishermen. London and New York: Routledge Taylor & Francis Group.

Firth, R. (2020). Housekeeping among Malay peasants. London and New York: Routledge Taylor & Francis Group.

Ghazali, N. (2000). Peniaga-peniaga kecil: Satu kajian kes di Pasar Gok Kapur, Kg. China, Kota Bharu, Kelantan (Latihan Ilmiah). Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Hasbulah, S. (1998). Wanita Melayu dalam perniagaan kecil: Kajian kes di Pasir Puteh, Kelantan (Latihan Ilmiah). Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Hassan, N. H. (2018). Seni persembahan Wayang Kulit Kelantan: Perkembangan dan cabaran. Jurnal Kebudayaan Asia Tenggara, 20(3), 121-134.

Hussain, H. (1989). Peranan buruh wanita dalam industri kecil di Kelantan (Latihan Ilmiah). Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Ibrahim, R. (2004). Status sosioekonomi peniaga wanita: Kajian kes di kawasan bebas cukai, Pengkalan Kubur, Kelantan (Latihan Ilmiah). Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Ishak, Z. (1999). Perusahaan batik cop: Satu kajian di Kampung Kubang Tuman (Latihan Ilmiah). Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Kessler, C. S. (1978). Islam and politics in a Malay state: Kelantan, 1838–1969. Ithaca, NY: Cornell University Press.

Koo, B. S. (1987). Hubungan sosial, agama dan etnik: Suatu kajian di kalangan komuniti peranakan Cina Kampung Peringat, Kota Bharu Kelantan (Latihan Ilmiah). Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Lai, S. P. (1997). Wanita dan perkahwinan di kalangan masyarakat Cina di Kuantan (Latihan Ilmiah). Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Mat Yunus, M. (1977). Penyertaan wanita dalam lapangan perniagaan di Pasir Mas, Kelantan(Latihan Ilmiah). Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Mohd Ali, A. S. (2024). Penyertaan sosial Cina Muslim Kelantan: Inklusiviti dan eksklusiviti modal sosial. Journal of Social Transformation and Regional Development, 6(1), 39-48.

Nash, M. (1972). Ethnicity, centrality, and education in Pasir Mas, Kelantan. Comparative Education Review, 16(1), 4–15.

Nash, M. (1977). Peasant citizens: Politics, religion, and modernization in Kelantan, Malaysia. Ohio University.

Nawawi, N. (2000). Mas kahwin dan hantaran di kalangan masyarakat Melayu Pasir Mas, Kelantan (Latihan Ilmiah). Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Nik Mustapha, N. R. (2002). Adat sebelum dan selepas bersalin: Kajian kes di Tumpat, Kelantan(Latihan Ilmiah). Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Omar, H. (2020). Evolusi muzik tradisional Kelantan dalam era digital: Kajian terhadap Dikir Barat dan Wayang Kulit. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Rahman, A. H. (2016). Transformasi seni Mak Yong di Kelantan: Tinjauan terhadap pengaruh globalisasi dan keaslian budaya. Kota Bharu: Penerbit Universiti Malaysia Kelantan.

Roff, W. R. (1974). Kelantan: Religion, society and politics in a Malay state. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Tan, C. B. (1982). Peranakan Chinese in Northeast Kelantan. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 4(1), 26-52.

Tuan Ludin, T. N. H. (1983). Wanita dan pekerjaan: Satu kajian kes di kalangan kerani wanita dalam sektor kerajaan di Kota Bharu, Kelantan (Latihan Ilmiah). Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Wilkinson, R. J. (1957). Papers on Malay customs & beliefs. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, 30(4) (180), 1-87.

Winzeler, R. L. (1985). Ethnic relation in Kelantan: A study of the Chinese and Thai as ethnic minorities in a Malay state. Singapore: Oxford University Press.