JURNAL MELAYU SEDUNIA https://sare.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia
Jurnal Melayu Sedunia (e-ISSN 2637-0751) diterbitkan sekali setahun (pada November) oleh Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Jurnal ini menerbitkan artikel berasaskan dasar pihak profesional, prinsip amalan dan kemajuan dalam bidang Pengajian Melayu. Jurnal Melayu Sedunia menerima artikel, nota penyelidikan dan ulasan buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang berkaitan dengan dunia Melayu. Jurnal ini bertujuan untuk memberi ruang komunikasi antara pakar-pakar Melayu dan golongan profesional bagi memperkenalkan pemikiran baru, analisis, konsep-konsep, teori dan apa-apa aspek dalam bidang pengajian Melayu. Jurnal ini menggunakan sistem semakan 'double-blind peer review'.

The Journal of Malay World (e-ISSN 2637-0751) is published annually by the Academy of Malay Studies, University of Malaya. The journal publishes original articles based on professional policies, practices principles and progress in the field of Malay Studies. The journal accepts articles and book reviews both in Malay and English on topics pertaining in the Malay world. The journal aims to provide a forum for communication among Malay experts, professionals, to introduce new thought, concepts, theory, and systems. This journal uses double-blind peer review process.
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, MALAYSIA en-US JURNAL MELAYU SEDUNIA 2637-0751 ISTILAH BOTANI DAN KAITANNYA DENGAN BUDAYA DAN PEMIKIRAN MELAYU DALAM CERITA LIPUR LARA https://sare.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/56711
Dalam tradisi lisan, penggunaan istilah botani bukan berlaku secara sembarangan. Pemilihannya banyak berkait dengan kegunaannya dalam kehidupan masyarakat Melayu. Di samping itu, pemilihan istilah botani ini mengungkap budaya dan cerminan masyarakat Melayu itu sendiri. Namun begitu, hingga kini, belum ada penulisan yang meneliti peristilahan berkaitan botani ini dalam tradisi lisan, khususnya yang terdapat dalam cerita lipur lara Melayu. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti, mengklasifikasikan, dan menganalisis istilah botani dalam cerita lipur lara Melayu. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan menghuraikan fungsi botani itu dan mengungkapkan nilai falsafah dan akal budi masyarakat Melayu. Pendekatan kualitatif digunakan untuk memperoleh data daripada teks-teks terpilih. Analisis kajian dikategorikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama melibatkan penyenaraian istilah botani dengan padanan istilah botaninya. Bahagian kedua melibatkan analisis berdasarkan tiga disiplin ilmu: disiplin perhutanan (silvologi), budaya Melayu, dan perspektif Islam. Hasil kajian menunjukkan bahawa peristilahan botani dalam cerita lipur lara Melayu memainkan peranan penting dalam memperkaya konteks budaya dan naratif ini. Kajian ini bukan sahaja menyumbang kepada ilmu linguistik Melayu, tetapi juga mencatat falsafah mengenai peri pentingnya botani dalam naratif sastera tradisional. Implikasi penelitian ini adalah untuk memperkayakan pemahaman kita tentang peristilahan yang berkaitan dengan botani serta hubung kaitnya dengan alam semesta dan akal budi Melayu.
Suriati Zakaria Mohd Zaki Abdul Latiff Neni Kartini Che Mohd Ramli Copyright (c) 2024 JURNAL MELAYU SEDUNIA 2024-11-26 2024-11-26 7 1 1 19 PENCETUS INDIVIDUALISME DALAM KESUSASTERAAN MELAYU?: PENELITIAN BERDASARKAN SOROTAN LITERATUR BERSISTEMATIK https://sare.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/56712
Kesusasteraan Melayu Tradisional amat menitikberatkan kepengarangan yang bersifat kolektif iaitu karya yang dihasilkan adalah milik masyarakatnya. Ini menyebabkan kebanyakan karya yang dihasilkan tiada diletakkan nama pengarang. Apatah lagi, kerja-kerja kepengarangan ini dinaungi oleh raja yang menyebabkan pengarang tiada hak meletakkan namanya pada karya yang dihasilkan. Keterbatasan ini juga menyebabkan karya yang dihasilkan perlulah bersifat ‘istana centric’ dan tanpa luahan perspektif pengarangnya secara terbuka. Namun, kolonialisasi Barat telah meleraikan situasi ini menerusi pengenalan Munshi Abdullah yang mengarang menurut perspektifnya sendiri tanpa dikongkong oleh raja dan pemerintah. Bermula dari sinilah, konsep individualisme diperkenalkan dalam kepengarangan Melayu yang nyata bertentangan dengan konvensi sedia ada. Nama Munshi Abdullah kemudiannya dinobatkan sebagai pencetus kemodenan dalam kesusasteraan Melayu menerusi konsep‘individualisme’ dalam karya yang dihasilkan. Penobatan ini mendapat sanggahan daripada beberapa sarjana dengan meletakkan Hamzah Fansuri sebagai tokoh yang lebih awal memperkenalkan konsep itu iaitu sejak abad ke-17 Masihi. Sanggahan ini bertambah hebat apabila muncul dua kelompok sarjana yang menyokong tokoh-tokoh ini sebagai pemula konsep ‘individualisme’ dalam kepengarangan Melayu dengan justifikasi yang tersendiri. Ini mencetuskan satu pencarian sorotan kajian yang komprehensif perlu dilakukan terhadap penobatan dua tokoh ini agar dapat menjelaskan siapakah tokoh yang lebih dominan mendapat sokongan para sarjana berhubung konsep yang dipertikaikan. Metodologi kajian adalah berasaskan standard PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses) menggunakan dua pangkalan data utama iaitu Scopus dan Google Scholar. Sejumlah sembilan artikel telah dipilih bagi mewakili dua perspektif di atas. Dapatan kajian mendapati Munshi Abdullah lebih popular sebagai tokoh terawal yang menerapkan konsep individualisme dalam kepengarangannya. Natijahnya berdasarkan sorotan kajian lalu, rata-rata penjelasan mengenai siapakah tokoh terawal yang membawa konsep tersebut adalah tidak penting berbanding bagaimanakah konsep itu diterapkan dalam kepengarangan mereka demi memberi sumbangan baharu kepada kepada masyarakat.
Nadia Syamimi Yusof Rahima Hamdan Raja Faris Hakimi Raja Jaafar Salmah Jan Noor Muhammad Copyright (c) 2024 JURNAL MELAYU SEDUNIA 2024-11-26 2024-11-26 7 1 20 36 SOROTAN KAJIAN ANTROPOLOGI BUDAYA MASYARAKAT MELAYU DI KELANTAN https://sare.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/56713
Artikel ini bertujuan untuk menganalisis kajian lepas dalam bidang antropologi budaya yang telah dilakukan di negeri Kelantan. Objektif kajian ini adalah untuk memberi gambaran keseluruhan terhadap tema utama yang dikaji dalam bidang antropologi budaya di Kelantan serta mengenal pasti kekurangan dalam kajian terdahulu dan cadangan bagi penyelidikan masa depan. Permasalahan kajian ini ialah jurang pengetahuan lantaran perkembangan terbaharu yang belum dikaji dalam literatur yang sedia ada. Pendekatan ini justeru mengenal pasti isu yang memerlukan penelitian lanjut untuk menghasilkan pemahaman yang menyeluruh. Kajian ini mendapati terdapat empat tema utama yang diberi perhatian. Ini meliputi struktur sosial dan ekonomi, adat-istiadat masyarakat Melayu di Kelantan, kesenian tradisi, dan hubungan dan integrasi budaya antara etnik yang berbeza di Kelantan. Kajian ini menggariskan keistimewaan negeri Kelantan dari segi ekonomi, perkembangan politik, budaya, adatistiadat, gaya hidup, hubungan etnik dan dialek. Dapatan kajian juga menunjukkan masyarakat Melayu Kelantan dapat menyesuaikan diri menghadapi cabaran moden meskipun masih mengekalkan budaya tradisi. Daya penarik bagi penyelidik tempatan dan antarabangsa menjalankan kajian dalam bidang antropologi budaya di Kelantan ialah negeri ini kaya dengan sumber sejarah, budaya dan warisan masyarakat yang berbeza dari negeri-negeri lain di Malaysia. Kajian ini menegaskan kepentingan pemahaman mendalam terhadap elemen budaya dan sosial yang bukan sahaja menambah kepada literatur antropologi budaya tempatan, malah memberi manfaat dalam memahami kerencaman budaya masyarakat Melayu. Negeri Kelantan menawarkan konteks penyelidikan yang kaya dengan nilai budaya yang tidak hanya menarik bagi kajian akademik tetapi berguna untuk merangka dasar yang menyokong pemeliharaan budaya tempatan.
Yang Fan Shafa'atussara Silahudin Copyright (c) 2024 JURNAL MELAYU SEDUNIA 2024-11-26 2024-11-26 7 1 37 50 PERBANDINGAN PERIBAHASA MELAYU, SEPANYOL DAN ARAB BERTEMAKAN USAHA DALAM ASPEK EKONOMI: SATU ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF https://sare.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/56714
Peribahasa, antara khazanah bangsa yang universal dan diwarisi secara turun temurun bagi menyampaikan mesej tersirat. Peribahasa wujud dengan kepelbagaian fungsi seperti nasihat, sindiran serta mengungkap konsep falsafah dan akal budi masyarakat yang memerlukan pemikiran aras tinggi dalam tafsiran makna. Kesilapan mentafsir makna peribahasa akan menyebabkan salah faham apabila melibatkan penggunaan lambang yang tidak dikenali kerana berbeza bahasa dan budaya. Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti lambang yang digunakan dalam peribahasa Melayu, Sepanyol dan Arab bertemakan usaha dalam aspek ekonomi, serta mengupas makna sebenar peribahasa dan asbab pemilihan lambang dalam ketiga-tiga peribahasa tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang mengaplikasi pendekatan semantik inkuisitif oleh Jalaluddin (2014) dan Rangka Rujuk Silang (RRS) oleh Kempson (1986). Sebanyak tiga data peribahasa yang terdiri daripada satu peribahasa Melayu, satu peribahasa Sepanyol dan satu peribahasa Arab telah dianalisis dan empat informan terdiri daripada penutur asli berbangsa Melayu, Sepanyol dan Arab telah ditemu bual bagi mendapatkan maklumat tambahan. Dapatan kajian menunjukkan corak hidup masyarakat dahulu, tradisi dan budaya serta peristiwa sejarah telah menjadi pencetus kepada pemilihan lambang peribahasa yang boleh dirujuk kepada nilai usaha dalam perniagaan. Pendekatan semantik inkuisitif didapati berwibawa mencungkil makna sebenar peribahasa dan menjawab persoalan berkaitan pemilihan lambang dari perspektif akal budi. Justeru, kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pengguna bahasa Melayu, Sepanyol dan Arab terutama para pelajar dan pensyarah yang berminat untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang makna sebenar peribahasa seterusnya menyarankan agar kajian perbandingan peribahasa menggunakan pendekatan semantik inkuisitif diperluaskan dalam pelbagai aspek bahasa dan budaya.
Hairul Nisma Wahab Wazzainab Ismail Zailin Zainal Ariffin Salina Hussain Copyright (c) 2024 JURNAL MELAYU SEDUNIA 2024-11-26 2024-11-26 7 1 51 68 TUHFAT AL-NAFIS SEBAGAI MEDIUM PENYATUAN BUDAYA DAN PENDIDIKAN DUA NEGARA https://sare.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/56715
Hubungan antara wilayah-wilayah di Malaysia dan Indonesia sudah terjalin sejak sekian lama. Namun penyatuan wilayah ini berakhir setelah berlakunya kolonialisasi yang diterajui oleh British dan Belanda. Kendatipun, hubungan tersebut tidaklah berakhir secara mutlak kerana masih terdapat perkongsian yang kekal dilestarikan hingga ke hari ini, misalnya naskhah Melayu yang berjudul Tuhfat al-Nafis. Penelitian terhadap naskhah ini memperlihatkan perkongsian budaya dan pendidikan antara Malaysia dan Indonesia yang kukuh sejak sekian lama. Oleh yang demikian, makalah ini bermatlamat untuk melihat faktor yang menyebabkan penyatuan antara kedua pihak tersebut. Seterusnya mensintesis bagaimana budaya politik dan perkahwinan akhirnya melahirkan cikal bakal yang menjadi waris antara kedua wilayah. Di samping itu menganalisis sejauh mana naskhah ini dapat diangkat sebagai naskhah sejarah autentik yang menjadi rujukan penting pada abad ke-18 dan 19 kepada pendidikan di kedua buah negara. Kajian ini menggunakan naskhah Tuhfat al-Nafis yang telah diselenggarakan oleh Virginia Matheson dan Tuhfat al-Nafis naskhah Terengganu. Hasil kajian dari naskhah ini telah berjaya membuktikan bahawa sejarah kesultanan kerajaan-kerajaan Melayu bersifat unik kerana berlaku perkongsian dan penyatuan sejarah yang sama. Malahan segala budaya termasuk adat istiadat dan resam yang mendasari kerabat-kerabat diraja dari kedua-dua dunia terbabit waktu itu sebenarnya milik bersama. Kelangsungan jurai keturunan yang menjadi raja di kedua wilayah juga masih kekal hingga ke hari ini khususnya di Selangor, Johor (Malaysia) dan Riau (Indonesia). Naskhah ini turut menjadi rujukan penting dalam pendidikan sejarah terhadap kedua buah negara.
Alwi Daud Mardiana Nordin Abdullah Zakaria Ghazali Copyright (c) 2024 JURNAL MELAYU SEDUNIA 2024-11-26 2024-11-26 7 1 69 82 PEMAHAMAN MAHASISWA UIS TERHADAP KEARIFAN TEMPATAN MELALUI SASTERA MELAYU DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA: SATU KAJIAN RINTIS https://sare.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/56717
Kajian ini merupakan analisis kajian rintis yang bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman mahasiswa terhadap kearifan tempatan menerusi sastera Melayu dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Berdasarkan kajian lalu, sastera Melayu ternyata dapat memberi nilai dalam memahami kearifan tempatan dalam masyarakat Melayu. Kaedah kajian melibatkan pengumpulan data melalui soal selidik yang disebarkan kepada 76 responden dari Universiti Islam Selangor (UIS). Analisis data dilakukan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan Skala Likert untuk menilai persepsi responden. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman mahasiswa terhadap kearifan tempatan, dan mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kesedaran
mahasiswa terhadap kearifan tempatan menerusi sastera Melayu. Dari aspek pemahaman mahasiswa UIS terhadap kearifan dalam sastera Melayu, didapati berada pada tahap yang sangat tinggi kerana majoriti responden memilih skala Sangat Setuju. Seterusnya, dapatan terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kesedaran mahasiswa terhadap kearifan tempatan didapati berada pada tahap yang tinggi apabila rata-rata responden memilih skala Setuju. Kajian ini dijangka akan memberi sumbangan kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) pada elemen ke-4 dari aspek Pendidikan Berkualiti dengan menyokong pembangunan pendidikan yang inklusif dan berkualiti, serta meningkatkan kesempatan pembelajaran sepanjang hayat bagi mahasiswa.
Zurina Abdullah Rohaini Amin Nor Azlina Endut Salmah Jan Noor Mohammad Copyright (c) 2024 JURNAL MELAYU SEDUNIA 2024-11-26 2024-11-26 7 1 83 94 MANIFESTASI SOSIOBUDAYA DALAM LAGU RAKYAT MELAYU PATANI DAN MALAYSIA https://sare.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/56718
Lagu rakyat merupakah sebuah khazanah sastera yang menjadi bahan untuk mengenali budaya dan tamadun bangsa. Lagu rakyat dicipta atas usaha untuk merakamkan sesuatu kejadian atau peristiwa yang berkaitan dengan gaya hidup setempat, khususnya mencakupi sejarah, kesenian, kebudayaan dan adat istiadat orang Melayu di alam Melayu. Kajian ini telah memilih lagu rakyat dari dua buah tempat, iaitu wilayah sempadan Selatan Thai dan kawasan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia. Di dua kawasan ini telah ditemui beberapa khazanah warisan Melayu dalam bentuk lagu yang asalnya dituturkan atau dilagukan secara lisan dan kemudiannya didokumentasikan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis manifestasi elemen sosiobudaya dalam lagu rakyat Melayu Patani dan Malaysia serta memahami peranannya dalam melestarikan warisan budaya masyarakat Melayu di tengah-tengah cabaran globalisasi. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu pemerolehan data adalah melalui sumber kepustakaan dengan menerapkan teori ekologi budaya dalam menganalisis data. Melalui kajian ini khalayak dapat mengetahui peranan sastera lisan terhadap pembentukan tamadun sesuatu bangsa yang dapat dikesani melalui genre lagu.
Aminoh Jehwae Copyright (c) 2024 JURNAL MELAYU SEDUNIA 2024-11-26 2024-11-26 7 1 95 114 MENSINTESIS STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR BMPK https://sare.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/56719
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis strategi pembelajaran yang diguna pakai oleh pelajar Bahasa Ketiga di dua buah sekolah menengah yang menawarkan Bahasa Melayu Program Khas (BMPK). Kajian ini melibatkan 44 orang pelajar yang dipilih dari dua buah sekolah, iaitu Pusat Bahasa Kementerian Pelajaran, Bishan dan Sekolah Menengah Tampines. Kajian melalui temu bual digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan data strategi pembelajaran bahasa Melayu daripada responden pelajar Bahasa Ketiga. Strategi Pembelajaran O’Malley dan Chamot (2002) merujuk metakognitif sebagai pertama, pengetahuan tentang proses kognitif dan kedua, peraturan kognitif atau pengurusan kendiri melalui proses seperti merancang, memantau dan menilai. Strategi Pembelajaran ini
digunakan untuk pengelasan strategi pembelajaran Bahasa Ketiga secara mendalam. Dapatan kajian yang diperoleh melalui proses transkripsi data menunjukkan strategi pembelajaran responden pelajar dan penggunaan strategi guru lebih banyak menggunakan strategi terjemahan berbanding strategi pembelajaran yang lain. Berdasarkan dapatan temu bual responden pelajar, strategi Bertanya Untuk Penjelasan paling banyak digunakan, iaitu 23.15% manakala strategi responden guru pula strategi Kerjasama paling banyak digunakan iaitu 18.57%. Implikasi kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pihak yang menggubal kurikulum BMPK, pihak yang mengelolakan buku teks bahasa Melayu untuk pelajarpelajar BMPK dan pelajar-pelajar asing yang mengambil bahasa Ketiga dan  juga tenaga pendidik yang mengajar BMPK.
Hasnah Hassan Nurul Haniza Samsudin Simah Mamat Copyright (c) 2024 JURNAL MELAYU SEDUNIA 2024-11-26 2024-11-26 7 1 115 139 DESKRIPSI PERGERAKAN TARIAN BERJALAN DALAM DIMENSI HORIZONTAL DAN VERTIKAL PERSEMBAHAN TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG https://sare.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/56721
Penulisan ini menguraikan deskripsi pergerakan Tarian Berjalan dalam dimensi horizontal dan vertikal dalam konteks persembahan teater tradisional Mek Mulung. Tarian Berjalan merupakan sebuah segmen tarian yang dipersembahkan selepas lagu Gerak Timpuh, diiringi oleh muzik instrumental tanpa vokal dalam bahagian pra persembahan Mek Mulung. Deskripsi pergerakan Tarian Berjalan ini melibatkan empat bahagian tarian dan lagu instrumental yang terdapat dalam prolog, iaitu Tarian Puteri Mabuk, Tarian Anak Menora, Tarian Gambang, dan Tarian Sendayung, yang ditarikan dalam formasi bulatan atau lingkaran. Setiap tarian mempersembahkan gerakan tangan dan kaki yang spesifik, diiringi oleh muzik tertentu, dengan tujuan untuk mencapai objektif kajian berkaitan penstrukturan pergerakan tari dalam seni persembahan teater tradisional Mek Mulung. Penyelidikan ini menggunakan analisis teori
Struktur Tarian oleh Giurchescu (1992) dan pendekatan Kaeppler (2007) terhadap struktur tarian, yang mencakupi analisis pergerakan serta persembahan dari perspektif horizontal dan vertikal. Reka bentuk penyelidikan kualitatif telah diaplikasikan dalam kajian ini, dengan pengumpulan data melalui kaedah kajian kes, temubual, pemerhatian turut serta, dan penelitian dokumen. Dapatan kajian ini
menumpukan kepada penghasilan proses kerja kreatif dan penstrukturan pergerakan tari dalam Tarian Berjalan dalam persembahan teater tradisional Mek Mulung.
Khairul Anuar Zainudin Mohd. Effindi Samsudin Copyright (c) 2024 JURNAL MELAYU SEDUNIA 2024-11-26 2024-11-26 7 1 140 164 EKSPLORASI DAN SINERGI VISUAL DALAM KOREOGRAFI TARI DI KUALA LUMPUR https://sare.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/56722
Kajian kualitatif ini mengeksplorasi proses kreatif antara koreografer dan seniman multimedia dalam menciptakan elemen koreografi yang mempunyai projeksi visual. Fokus penulisan ialah pada aspek motivasi koreografer dalam menghasilkan projeksi visual di dalam koreografi. Kajian ini melibatkan tiga produksi koreografi di Kuala Lumpur yang menggabungkan tari dan projeksi visual. Data dikumpulkan melalui temu bual dengan empat koreografer dan tiga seniman multimedia, serta pemerhatian dan penelitian dokumen. Penulisan ini mengadaptasi teori proses kreatif dan sinergi koreografi dan visual dalam menganalisis proses kreatif eksplorasi koreografi terbaru yang ditampilkan di Malaysia. Penulisan ini mengemukakan hasil dapatan yang menghubungkait dan menghuraikan corak proses pemikiran kreatif yang dirangkakan dalam karya koreografi terkini.
Muhammad Samsudin Mohd Effindi Samsuddin Copyright (c) 2024 JURNAL MELAYU SEDUNIA 2024-11-26 2024-11-26 7 1 165 181 KETERANCAMAN MELAYU: ANALISIS KONSEP DAN FAKTOR PENDORONG https://sare.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/56723
Keterancaman Melayu sering dinisbahkan kepada usaha melindungi kedudukan mereka sebagai peribumi di Malaysia daripada cabaran yang datang daripada etnik-etnik bukan Melayu. Meskipun isu keterancaman Melayu sering menjadi perbincangan, namun perbincangan secara analitikal mengenai isu ini jarang dikemukakan berbanding dengan keterancaman yang dibincangkan oleh sarjana-sarjana politik antarabangsa dan keselamatan global. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi merumuskan konsep dan faktor keterancaman yang lebih konklusif di samping menganalisis faktor-faktor yang menyebabkan keterancaman orang Melayu di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif, iaitu dengan kaedah menganalisis kandungan yang diperoleh daripada sumber primer dan sekunder secara deskriptif. Sumber-sumber ini kemudiannya dianalisis menggunakan kerangka konseptual yang telah dibangunkan. Kajian ini mendapati bahawa keterancaman Melayu didorong oleh beberapa faktor, misalnya perasaan tidak lagi dilindungi dengan baik dan berkesan terutamanya oleh parti pemerintah. Selain itu, keterancaman juga terbentuk menerusi pengalaman sosial orang Melayu itu sendiri, misalnya penguasaan ekonomi etnik Cina dalam ekonomi. Ketiadaan identiti sepunya di Malaysia turut mendorong keterancaman kerana setiap etnik saling bersaing untuk mengangkat kebudayaan dan identiti etnik masing-masing sehingga wujudnya pertembungan inter-etnik dalam hal-hal yang melibatkan bahasa, pendidikan dan pembinaan negara bangsa. Propaganda politik turut memainkan peranan besar dalam mempengaruhi keterancaman Melayu sekali gus mendatangkan implikasi yang besar terhadap tingkah laku politik orang Melayu khususnya terhadap pola pengundian.
Abdul Muqit Muhammad Awang Azman Awang Pawi Mohammad Tawfik Yaakub Copyright (c) 2024 JURNAL MELAYU SEDUNIA 2024-11-26 2024-11-26 7 1 182 198