Kelakuan Burung: Analisis Perbandingan Dari Perspektif Rujukan Berteraskan Al-Quran dan Neurosains

Authors

  • Bibi Shaswani Zulbadri
  • Nurul Wahida Che Mat Zuki
  • Mohd Amzari Tumiran
  • Mohd Amiruddin Kamarulzaidi
  • Mohd Noor Musa
  • Noor Naemah Abd. Rahman
  • Zulkifli Mohd Yusoff
  • Rohaida Mohd. Saat
  • Rosli Ramli
  • Durriyyah Sharifah Hasan Adli

Keywords:

Burung, sistem saraf, kelakuan, al-Quran, neurosains

Abstract

Pelbagai kelakuan yang ditunjukkan oleh burung menggambarkan sistem saraf yang maju dan kompleks yang ada padanya. Perihal burung disebutkan di dalam al-Quran (seperti dalam Surah al-Maidah, ayat 27-31) dan hadith sebagai suatu dorongan oleh Allah (s.w.t.) kepada manusia untuk mengkaji ciptaan-Nya. Dalam kajian ini kelakuan burung disorot dari dua perspektif, iaitu perspektif Islam yang berteraskan al-Quran, hadith serta pendapat ulama, dan perspektif neurosains yang berteraskan hasil penyelidikan berkenaan sel neuron (sel saraf). Kajian ini bagi membuat perbandingan dua disiplin ilmu yang berbeza (Islam dan neurosains) dalam menjelaskan penerangan neurosains tentang kelakuan burung yang diceritakan terutamanya dalam al-Quran. Rujukan terpilih seperti al-Quran, hadith, penulisan sarjana Islam, jurnal saintifik dan buku digunakan dalam pengumpulan dan analisis maklumat. Isu-isu dalam kajian ini seperti kelakuan burung terbang ke destinasi, keupayaan deria burung dan kelakuan mengeluarkan bunyi (bercakap/berlagu), dilihat mempunyai keselarasan idea dari kedua-dua perspektif. Hasil perbandingan maklumat dari dua perspektif ini dilihat dapat mengurangkan kekeliruan dan percanggahan pendapat dari dua perspektif ini dengan mencapai titik keselarasan berdasarkan isu-isu yang dibincangkan.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

01-12-2011