Pemikiran Imam al-Bukhārī tentang Hutang: Analisis Hadith-hadith dalam Kitāb al-Istiqrād wa Adā’ al-Duyūn wa al-Hajr wa al-Taflīs Sahih al-Bukhārī
Main Article Content
Abstract
Imam al-Bukhari adalah satu nama besar dalam bidang hadith. Penulisan berkaitan pemikiran beliau dalam bidang hadith ditelusuri dalam artikel ini dengan menfokuskan kepada tema hutang. Dengan meneliti fiqh al-hadith dalam Kitab al-Istiqrad wa Ada’ al-Duyun wa al-Hajr wa al-Taflis yang merupakan salah satu kitab bertemakan muamalah dalam Sahih al-Bukhari, memperlihatkan ketajaman pemikiran beliau terhadap sesuatu tema. Kajian ini mengunakan metode kajian kepustakaan dan analisis dokumen bagi memperoleh data-data yang berkaitan tajuk. Manakala metode induktif dan deduktif diaplikasi bagi menganalisis data. Hasil dapatan antara lain menunjukkan bahawa Imam al-Bukhari mampu menjelaskan konsep hutang secara sistematik menerusi pewujudan subtema dan setiap subtema itu ada kesejajaran antara satu sama lain seperti pelunasan hutang, muflis dan pembekuan harta. Kesemua perkara ini dikemukakan dalam susunan yang sangat jelas melalui judul-judul bab dalam Tarjamah Bāb. Tegasnya, pemikiran fiqh al-hadith Imam al-Bukhari adalah agak sistematik dan mudah difahami serta menyerlahkan keunggulan beliau sebagai ulama mujtahid pada zamannya.