IMEJ WANITA KORPORAT DALAM TEKS KESUSASTERAAN MELAYU MODEN MALAYSIA: DARIPADA LENSAPENGARANG WANITA

Main Article Content

Norhayati Ab. Rahman

Abstract

Imej wanita telah banyak dilakar dan diperkatakan dalam teks-teks kesusasteraan Melayu.
Malah watak wanita telah menjadi subjek dan objek utama dalam teks karya
kesusasteraan, baik sastera Melayu tradisional mahupun sastera Melayu moden. Dalam
kebanyakan teks tersebut, imej wanita digambarkan daripada pelbagai perspektif, yang
dikaitkan dengan peranan yang berbagai-bagai pula sifatnya. Antara lain, wanita
seringkali dilukiskan dengan imej sebagai isteri yang taat, ibu yang penyayang, pemimpin
yang adil, kekasih yang setia, kawan yang setiakawan dan sebagainya. Bagaimana pun,
selaras dengan peredaran zaman dan kemajuan yang telah dicapai oleh kaum lelaki.
Gambaran tentang realiti kejayaan wanita dalam dunia korporat ini telah mendapat
perhatian daripada pengarang wanita Malaysia, untuk diungkapkan ke dalam penulisan
teks kesusasteraan mereka. Justeru, makalah ini akan cuba untuk membincang dan
memperlihatkan sejauh manakah lakaran imej kejayaan wanita dalam bidang korporat di
Malaysia, yang dipaparkan dalam teks kesusasteraan Melayu moden, khususnya genre
novel yang disorot daripada lensa pengarang wanita.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Ab. Rahman, N. (2020). IMEJ WANITA KORPORAT DALAM TEKS KESUSASTERAAN MELAYU MODEN MALAYSIA: DARIPADA LENSAPENGARANG WANITA. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 21(1), 196–211. Retrieved from https://sare.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25672
Section
Articles