PENELITIAN KANDUNGAN TERHADAP SIRI ANIMASI UPIN DAN IPIN, BOBOIBOY DAN OMAR DAN HANA: KAJIAN ASPEK STRUKTUR CERITA CONTENT ANALYSIS OF THE ANIMATED SERIES UPIN DAN IPIN, BOBOIBOY AND OMAR DAN HANA: A STUDY ON STORY STRUCTURE
Main Article Content
Abstract
Abstract
Animation allows a story to be produced and presented in interesting ways. It displays sets of continuous drawings or model manipulation to create the illusion of movement. The technology has undergone many stages of innovation and is utilised in different industries, such as medicine, education and entertainment. In Malaysia, the animation industry has grown rapidly since the establishment of the Multimedia Super Corridor (MSC) and the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) in 1996, which aims to catalyse the country‟s digital economy development. Many local production houses were set up and, in turn, produced better animations. These efforts incorporated various genres, such as family, Islam and superheroes. Hence, this study aims to examine the story structures of three popular Malaysian animated series – Upin dan Ipin, BoBoiBoy and Omar dan Hana. The three series were chosen based on their popularity despite being introduced in 2007, 2011 and 2014. This qualitative research was conducted using content analysis, whereby one episode from each series was picked at random to be analysed based on Stanton‟s Structural Model (2007). The findings of this study showed that the storytelling for all three series was similar through their presentation of facts, usage of literary devices and features of different themes.
Keywords: animation, storytelling, structural model, fact, literary device, themes.
Abstrak
Teknologi animasi membolehkan suatu cerita diolah dan disampaikan dengan menarik. Animasi ialah teknologi paparan jujukan lukisan secara berterusan atau manipulasi model untuk menghasilkan ilusi pergerakan. Walau bagaimanapun, teknologi ini telah melalui banyak pembaharuan dan dimanfaatkan dalam banyak industri seperti perubatan, pendidikan dan hiburan. Industri animasi di Malaysia semakin berkembang pesat semenjak penubuhan Koridor Raya Multimedia dan Perbadanan Pembangunan Multimedia pada tahun 1996 yang bertujuan untuk memacu pembangunan ekonomi digital negara. Banyak syarikat produksi tempatan yang ditubuhkan dan semenjak itu, penghasilan karya animasi Malaysia juga semakin berkualiti. Pelbagai genre diketengahkan melalui cerita-cerita animasi antaranya kekeluargaan, Islamik dan juga cerita yang berkonsepkan adiwira. Aspek yang difokuskan melalui kajian ini ialah berkaitan penceritaan menerusi tiga siri animasi Malaysia yang popular, iaitu Upin dan Ipin, BoBoiBoy dan Omar dan Hana. Justifikasi pemilihan siri animasi ini ialah berdasarkan kejayaan ketigatiganya untuk terus popular walaupun telah beberapa tahun diperkenalkan, iaitu masing-masing dari tahun 2007, 2011 dan 2014. Kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan membuat analisis kandungan. Satu episod daripada setiap animasi kajian dipilih secara rawak untuk dinilai struktur cerita dan dianalisis menggunakan Model Struktural Stanton (2007). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penceritaan animasi kajian mempunyai kesepaduan yang terbina daripada struktur fakta, sarana dan tema.
Kata kunci: animasi, penceritaan, model struktural, fakta, sarana, tema.