LAZY MALAYS? THE RIDICULE OF DERISIVE STEREOTYPE FROM THE POST-COLONIAL COLONISTS (MELAYU MALAS? KRITIKAN TERHADAP STEREOTAIP TIDAK MUNASABAH DARIPADA PENJAJAH PASCA-KOLONIAL)
Main Article Content
Abstract
Abstract
Malays have long been stereotyped with certain negative characters and this has been prompting
for decades. They had been blamed for their inability to compete against other races in many
aspects. The main objective of this study is an exploration of how British writers stereotyped the
images of the native Malays through texts. A thematic content analysis involving articles
published by Singapore Free Press were analysed for this purpose. The findings showed that
some of the contents of the articles were misleading and far from being accurate. The British
managed to portray Malays as lazy and apathy through the publications. These accusations were
not explained in an intellectual manner, a result of civilizational and cultural discrepancies
between the British colonial writers and their Malay subjects. Such stereotype was actually being
planned ahead to legalized the colonization in the Malay land.
Keywords: bias; British writers; newspapers; local people; subjugation
Abstrak
Orang Melayu sejak dahulu telah distereotaipkan dengan sifat-sifat negatif tertentu sehingga
menyebabkan timbulnya kontroversi mengelilingi isu ini selama beberapa dekad. Mereka sering
dituduh tidak mempunyai keupayaan untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain dalam pelbagai
jenis kehidupan. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneroka cara penulis-penulis British
memaparkan imej stereotaip orang Melayu tempatan melalui penulisan mereka. Analisis
kandungan secara tematik yang melibatkan artikel-artikel yang diterbitkan oleh Singapore Free
Press dikaji untuk tujuan tersebut. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa sebahagian
daripada kandungan artikel yang dianalisis sebenarnya mengandungi maklumat yang kurang
tepat dan bersifat dangkal. Pihak British telah berjaya menggambarkan orang Melayu sebagai
mereka yang bersikap malas dan bersikap tidak mengambil peduli melalui penerbitan-penerbitan
tersebut. Menurut hasil kajian, tuduhan-tuduhan dalam terbitan pihak British tidak dijelaskan
secara intelektual disebabkan oleh ketidakseimbangan peradaban dan budaya antara penulispenulis kolonial British dan subjek-subjek mereka, iaitu orang Melayu. Stereotaip seperti ini
sebenarnya telah dirancang sebelum British menjajah bertujuan untuk menghalalkan penjajahan
di Tanah Melayu.
Kata Kunci: bias, penulis Inggeris, surat khabar, orang tempatan, penaklukan