SENI BAHASA DALAM LEKA PELIAN BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI METAFORA KONSEPTUAL (LANGUAGE ARTS IN “LEKA PELIAN” BASED ON THE PERSPECTIVE OF CONCEPTUAL METAPHOR THEORY)

Main Article Content

Yanti Benson
Rosline Sandai
Rohayati Junaidi
Saripah Banseng

Abstract

Abstract
“Leka pelian” is a traditional poem of the Iban community in the invocation category, which is
used in traditional Iban healing rituals. Every word sung by the “manang” in “leka pelian” is
decorated with figurative language and metaphors to add more beauty to the art of poetry.
However, the lack of experts in “leka pelian” makes it difficult for the younger generation,
especially the Iban community, to understand the figurative language and metaphors used in
“leka pelian” by the “manang”. This has led to the younger generation showing less interest in
delving into oral traditions such as “leka pelian”. Therefore, this study aims to analyse the
meaning of the metaphors that shapes the “leka pelian” based on the conceptual metaphor
theory of Lakoff and Johnson (1980). This study is qualitative and uses the Conceptual Metaphor
Theory of Lakoff and Johnson (1980) to analyse the categories of metaphors found in “leka
pelian”. Content analysis method is used to analyse each category of metaphor found in “leka
pelian”. The findings show that the figurative language in “leka pelian” consists of abstract
metaphors to reality, simile metaphors, animal metaphors, nature metaphors, as well as adapted
and cultural comparison metaphors in their lives. The investigation shows that nature metaphors
are more dominant than other metaphors because they are influenced by the surrounding nature,
making nature a metaphor in communication. This category of metaphor is also used as a
medium of communication between human world and the supernatural world. The implication of
this research shows that the use of different categories of metaphor in “leka pelian” can increase the knowledge of traditional healers and the Iban community, especially in terms of language
skills. 


Keywords: Metaphor; Figurative Language; Leka Pelian, Conceptual Metaphor Theory


 


Abstrak
Leka pelian merupakan puisi tradisional masyarakat Iban dalam kategori invokasi yang
digunakan dalam ritual perubatan tradisional Iban. Setiap perkataan yang dilagukan oleh manang
dalam leka pelian digayakan dengan bahasa kiasan metafora bagi menambahkan lagi keindahan
seni berpuisi. Namun begitu, kekurangan golongan yang arif dalam leka pelian menyukarkan
generasi muda khususnya masyarakat Iban kurang memahami bahasa kiasan metafora yang
terdapat di dalam leka pelian yang dilagukan oleh manang. Perkara tersebut menyebabkan
generasi muda kurang berminat dalam mendalami tradisi lisan seperti leka pelian. Oleh itu,
kajian ini bertujuan menganalisis maksud metafora yang membentuk leka pelian berdasarkan
teori metafora konseptual Lakoff dan Johnson (1980). Kajian ini berbentuk kualitatif dengan
menggunakan Teori Metafora Konseptual Lakoff dan Johnson (1980) untuk menganalisis
kategori metafora yang terdapat di dalam leka pelian. Kaedah analisis kandungan digunakan
untuk menganalisis setiap kategori metafora yang terdapat di dalam leka pelian. Dapatan kajian
menunjukkan bahasa kiasan leka pelian terdiri daripada metafora abstrak ke realiti, metafora
perumpamaan, metafora berunsurkan haiwan, metafora alam dan metafora perbandingan yang
disesuaikan dicipta serta menjadi budaya dalam kehidupan mereka. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa metafora alam lebih dominan berbanding metafora yang lain kerana dipengaruhi oleh
alam sekeliling yang menjadikan alam sebagai kiasan dalam berkomunikasi. Kategori metafora
ini juga digunakan sebagai medium komunikasi antara alam manusia dengan alam ghaib.
Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kategori metafora dalam leka pelian dapat
menambahkan pengetahuan pengamal perubatan tradisional dan masyarakat Iban khususnya
tentang kemahiran berbahasa.



Kata Kunci: metafora; bahasa kiasan; leka pelian, Teori Metafora Konseptual

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Yanti Benson, Rosline Sandai, Rohayati Junaidi, & Saripah Banseng. (2023). SENI BAHASA DALAM LEKA PELIAN BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI METAFORA KONSEPTUAL: (LANGUAGE ARTS IN “LEKA PELIAN” BASED ON THE PERSPECTIVE OF CONCEPTUAL METAPHOR THEORY). Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 34(1), 91–106. Retrieved from https://sare.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/43360
Section
Articles