PEMETAAN TABURAN LEKSIKAL DIALEK MUAR: SATU KAJIAN RINTIS (MAPPING THE LEXICAL DISTRIBUTION OF THE MUAR DIALECT: A PRELIMINARY STUDY)

Main Article Content

Julaina Nopiah
Shazriena IzlinAzhar
Nurul Jamilah Rosly

Abstract

Abstract
Dialect is one of the language variations spoken by the community in a certain area to interact
with each other. Although the use of dialects in a state does exist, the diversity of sub-dialects is
still visible in the eyes of most people. The city of Muar, which is located in the state of Johor, is
one of the regions that thrives on the existence of various sub-dialects. With the help of the
Geographic Information System (GIS) application, this study focuses on identifying the spread of
lexical variants of the Malay dialects found in Lenga, Bukit Kepong and Gombang and further
describes the spread factors. This study fully uses the field research method involving a total of
six study informants and 60 study respondents. The findings of this study show as many as six
lexicals with different variant usage while there are nine lexicals that have the same dialect of
use in Lenga, Gombang and Bukit Kepong. In addition, this study also shows that there are three
factors that spread the variant between these three areas, among them demarcation, landform
and space (spatial) and migration. As a result, the implementation of this study proves that the
variety of variants in the three areas located in the Muar district brings uniqueness and becomes
a heritage and a symbol of pride of the local community. Because the current study serves as a
preliminary research on the Muar dialect mapping, the analysis of this study is done at the level
of descriptive explanation. Researchers also did not focus on specific lexicons in lexical
distribution mapping. Therefore, further studies are suggested to focus on specific lexicons to
show the speech variants of the local dialect. Subsequent studies are also recommended not only to focus on lexical distribution mapping but also to present the lexical distribution through the
Isogloss Map used.



Keywords: dialect mapping, Muar, geolinguistics, Malay, Geographical Information System


 


Abstrak



Dialek merupakan salah satu variasi bahasa yang diujarkan oleh komuniti masyarakat di
sebahagian kawasan tertentu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Walaupun penggunaan
dialek di sesebuah negeri itu sememangnya wujud, namun kepelbagaian subdialeknya masih lagi
rencam pada kaca mata masyarakat kebanyakan. Bandar Muar yang terletak di negeri Johor
merupakan salah satu daerah yang rencam dengan kewujudan pelbagai subdialek. Kajian ini
memfokuskan kepada pengenalpastian penyebaran varian leksikal dialek Melayu yang terdapat
di Lenga, Bukit Kepong dan Gombang dan menghuraikan faktor sebarannya. Kajian ini
sepenuhnya menggunakan kaedah kajian lapangan dengan melibatkan seramai enam orang
informan kajian dan 60 orang responden kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan sebanyak enam
leksikal yang berbeza penggunaan varian, manakala terdapat sembilan leksikal yang mempunyai
persamaan dialek penggunaanya di Lenga, Gombang dan Bukit Kepong. Di samping itu, kajian
ini turut memperlihatkan bahawa terdapat tiga faktor penyebaran varian di antara ketiga-tiga
kawasan ini, antaranya persempadanan, bentuk muka bumi dan ruang (spatial) serta migrasi.
Dapatan kajian ini membuktikan bahawa kewujudan pelbagai varian di ketiga-tiga kawasan yang
terletak dalam daerah Muar ini membawa kepada keunikan dan menjadi warisan serta lambang
kebanggaan masyarakat setempat. Oleh kerana kajian ini boleh dikatakan kajian rintis untuk
kajian pemetaan dialek Muar, penganalisisan kajian ini dilakukan pada peringkat huraian
deskriptif sahaja. Pengkaji juga tidak memfokuskan leksikal tertentu dalam pemetaan taburan
leksikal. Oleh itu, kajian lanjutan dicadangkan untuk melihat kepada leksikal secara khusus bagi
menunjukkan varian pertuturan dialek masyarakat tempatan. Kajian lanjutan juga dicadangkan
tidak hanya menumpukan terhadap taburan leksikal sahaja tetapi sebaliknya turut
mempersembahkan sebaran leksikal melalui Peta Isoglos yang digunakan.



Kata Kunci: pemetaan dialek, Muar, geolinguistik, Melayu, Sistem Maklumat Geografi

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Julaina Nopiah, Shazriena IzlinAzhar, & Nurul Jamilah Rosly. (2023). PEMETAAN TABURAN LEKSIKAL DIALEK MUAR: SATU KAJIAN RINTIS : (MAPPING THE LEXICAL DISTRIBUTION OF THE MUAR DIALECT: A PRELIMINARY STUDY). Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 34(1), 145–161. Retrieved from https://sare.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/43364
Section
Articles