SARANA WOLIO: PERLEMBAGAAN BERTULIS TERTUA DI KESULTANAN BUTON SARANA WOLIO: THE OLDEST WRITTEN CONTITUTION IN THE SULTANATE OF BUTON

Main Article Content

Asrun Lio
Hasaruddin
Andi Tenri

Abstract

ABSTRAK


Kajian ini bertujuan mengkaji perlembagaan Kesultanan Buton untuk mengungkapkan proses institusionalisasi yang berlaku. Manuskrip yang ditulis pada tahun 1610 menjadi landasan utama bagi penyelidikan ini. Pendekatan metodologi sejarah dan struktur kerajaan digunakan dalam kajian ini. Metodologi sejarah digunakan untuk mengkaji prinsip-prinsip yang membentuk perlembagaan Sarana Wolio dan Istiadatul Azaliy, manakala struktur kerajaan digunakan untuk menggambarkan institusi-institusi kerajaan. Pelbagai sumber luar digunakan sebagai perbandingan untuk menunjukkan perkembangan peraturan di kawasan tersebut. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa perlembagaan tersebut dicipta dan dilaksanakan semasa pemerintahan Sultan keempat, iaitu Dayanu Ikhsanuddin dengan bantuan seorang cendekiawan Arab bernama Syeikh Syarif Muhammad yang mengubah “Martabat Tujuh” menjadi perlembagaan. Selain itu, perlambangan yang digunakan untuk tiga peringkat pertama kamboru-mboru turut ditemui, iaitu Kumpulan tanailandu yang mulia dikaitkan dengan martabat ahadiyah, tapi-tapi dengan martabat wahdah dan kumbewaha dengan martabat wahidiyah. Pengkaji juga menemui perlambangan yang berkaitan dengan empat peringkat tertinggi kesultanan, iaitu Sultan dirujuk dilambangkan dengan martabat alam arwah, sapati dengan martabat alam missal, kenepulu dengan martabat alam ajsam dan kapitaraja atau kapitalao dengan martabat alam insan. Perlambangan ini digunakan bagi memastikan pegawai-pegawai Kesultanan Buton menjalankan tugas mereka berdasarkan sifat-sifat Ilahi. Setiap pejabat diberikan tanggungjawab seperti yang diterangkan dalam manuskrip Sarana Wolio dan Istiadatul Azaliy.


Kata kunci: perlembagaan; Sarana Wolio; Istiadatul Azaliy; kesultanan; Buton


 


ABSTRACT


This paper aims to examine the constitution of the sultanate of Buton to reveal the institutionalisation that had occurred. The document was structurally embodied in a manuscript written in 1610. Researchers utilised the approaches of historical methodology and government structure: the former could study the principles that formed the basis of the creation of the Sarana Wolio constitution and Istiadatul Azaliy, whereas the latter could describe governmental institutions. Numerous external sources were used as comparisons to demonstrate the emergence of rules in that region. Results showed that the constitution was created and enforced during the reign of the fourth Sultan, Dayanu Ikhsanuddin, who was assisted by an Arab scholar, Syeikh Syarif Muhammad, who transformed the martabat tujuh into a constitution. Next, the symbolism applied to the first three levels of the kamboru-mboru was discovered: The noble tanailandu group was associated with the martabat ahadiyah, the tapi-tapi with martabat wahdah, and the kumbewaha with martabat wahidiyah. Subsequently, researchers found the symbolism tied to the highest four levels of the sultanate: The sultan is referred to with the martabat alam arwah, the sapati with martabat alam misal, the kenepulu with martabat alam ajsam and the kapitaraja or kapitalao with martabat alam insan. Such symbolism was applied to ensure the officeholders of the Buton Sultanate would execute their duties based on Divine attributes. Every office was given responsibilities as outlined in the Sarana Wolio and Istiadatul Azaliy manuscripts.    


Keywords: constitution; Sarana Wolio; Istiadatul Azali; sultanate; Buton

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Asrun Lio, Hasaruddin, & Andi Tenri. (2024). SARANA WOLIO: PERLEMBAGAAN BERTULIS TERTUA DI KESULTANAN BUTON: SARANA WOLIO: THE OLDEST WRITTEN CONTITUTION IN THE SULTANATE OF BUTON. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 35(1), 121–134. Retrieved from https://sare.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/51772
Section
Articles