PENERAPAN GAYA BAHASA PERULANGAN DALAM TEKS NOVEL TINGKATAN 4 LEFTENAN ADNAN KARYA ABDUL LATIP TALIB APPLICATION OF REPETITIVE LANGUAGE STYLE IN THE TEXT OF THE FORM 4 NOVEL OF LIEUTENANT ADNAN BY ABDUL LATIP TALIB

Main Article Content

Muhammad Ameer Shauqi
Marzni Mohamed Mokhtar
Muhammad Aiman Syazwan Ahmadi
Muhammad Ikhwan Danial Abdullah
Muhammad Ikhmal Mohd Isa

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka penerapan jenis gaya bahasa perulangan yang terdapat dalam teks novel Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib. Kajian ini memberikan fokus kepada penerapan gaya bahasa perulangan yang merangkumi enam jenis yang berbeza iaitu anafora, epifora, simplok, responsi, woordopname dan paralelisme dalam teks novel yang dikaji. Selanjutnya, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti penerapan gaya bahasa perulangan yang paling dominan yang terdapat dalam teks novel ini. Selaras dengan tujuan kajian, Teori Stilistik yang digagaskan oleh J.J Webber (1989) dijadikan sebagai sandaran utama dalam mengenal pasti kepelbagaian unsur gaya bahasa yang diterapkan oleh pengarang dalam teks novel ini. Reka bentuk penyelidikan kajian ini pula dilaksanakan menerusi kajian kualitatif berdasarkan analisis teks novel Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib. Analisis tematik telah digunakan bagi meneliti setiap kata, frasa dan ayat untuk mengenal pasti penerapan gaya bahasa perulangan yang terdapat dalam teks novel ini. Dapatan kajian membuktikan bahawa pengarang cenderung menggunakan gaya bahasa perulangan anafora, epifora, simplok, responsi, woordopname dan paralelisme untuk memberi penegasan dan mengembangkan idea dalam penulisan teks novel. Selain itu, gaya bahasa perulangan anafora dilihat merupakan gaya bahasa yang mendominasi penulisan teks yang dilakukan oleh pengarang. Impaknya, penerapan unsur gaya bahasa dalam penulisan teks novel dilihat berupaya menjadi perantara antara pengarang dengan pembaca bagi menyampaikan pemikiran atau gagasan idea untuk ditanggapi dan dihayati dengan lebih mudah dan bermakna di samping memperkayakan nilai estetika bahasa dalam penulisan sesebuah teks novel.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Shauqi, M. A., Mohamed Mokhtar, M., Ahmadi, M. A. S., Abdullah, M. I. D., & Mohd Isa, M. I. (2024). PENERAPAN GAYA BAHASA PERULANGAN DALAM TEKS NOVEL TINGKATAN 4 LEFTENAN ADNAN KARYA ABDUL LATIP TALIB: APPLICATION OF REPETITIVE LANGUAGE STYLE IN THE TEXT OF THE FORM 4 NOVEL OF LIEUTENANT ADNAN BY ABDUL LATIP TALIB. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 35(2), 46–66. Retrieved from https://sare.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/56097
Section
Articles