MUSANG BERBULU AYAM: KEPENGARANGAN YAHYA SAMAH THE FOX IN CHICKEN FEATHERS: YAHYA SAMAH'S AUTHORSHIP

Main Article Content

Che Abdullah Che Ya
Shaiful Bahri Md. Radzi

Abstract

Artikel ini membincangkan kepengarangan Yahya Samah dalam dunia kreatif tanah air sekitar tahun 1960-an dan 1970-an. Bertugas sebagai guru, beliau muncul sebagai pengarang pada akhir 1950-an secara sukasuka untuk menghiburkan rakan-rakan dengan melibatkan diri dalam pelbagai genre baik novel, cerpen mahupun drama. Sungguhpun begitu, kemasyhuran Yahya Samah menyerlah dalam penulisan novel yang bersifat erotik sehingga berjaya memenuhi cita rasa khalayak ketika itu. Umum beranggapan kejayaan Yahya terletak kepada kebijaksanaan gaya pengungkapan dan permainan kata-kata dalam melukiskan adegan-adegan sensasi. Daripada perspektif berbeza, kelebihan Yahya terletak pada motif "musang berbulu ayam" yang kerap kali digunakan dalam semua novel hasil tulisannya. Watak ini dapat dianggap sebagai "focal point" (titik fokal) yang mengawal perkembangan plot tersebut dan mewajarkan kehadiran adegan-adegan berunsur seks yang terkandung dalam karya-karya Yahya Samah. Watak yang menjadi sasaran beliau untuk mendukungi watak musang ini ialah watak-watak yang dalam realiti kehidupan sebenamya adalah amat disegani dalam kelompok masyarakat terutamanya penghulu.


Kata kunci: Kepengarangan, Karya kreatif, Novel erotik, Musang berbulu ayam, Penghulu. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Che Ya, C. A., & Md. Radzi, S. B. (2011). MUSANG BERBULU AYAM: KEPENGARANGAN YAHYA SAMAH: THE FOX IN CHICKEN FEATHERS: YAHYA SAMAH’S AUTHORSHIP. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 22(1), 90–111. Retrieved from https://sare.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9652
Section
Articles