NILAI TARBIAH DAN ISLAH WANITA MELAYU ISLAM PASCAMERDEKA: SATU ANALISIS TERHADAP NOVEL TUNGGU TEDUH DULU DAN SURAT-SURAT PEREMPUAN JOHOR THE VALUES OF TARBIAH AND ISLAH IN POST INDEPENDENCE MUSLIM MALAY WOMEN: AN ANALYSIS OF TUNGGU TEDUH DULU AND SURATSURAT PEREMPUAN JOHOR NOVELS

Main Article Content

Kamariah Kamarudin

Abstract

Islam menawarkan kepelbagaian bentuk manhaj (kaedah) dakwah bagi menyempurnakan sebuah kehidupan manusia dalam kumpulan masyarakatnya. Manakala golongan wanita pula diangkat martabatnya oleh Islam sebagai golongan yang dapat membentuk kesempurnaan manusia melalui sahsiah mulia dalam menyampaikan dakwah bagi kesejahteraan kehidupan. Justeru, nilai tarbiah dan islah merupakan dua cabang dakwah yang menyumbang ke arah anjakan paradigma (sift paradigm) kehidupan manusia berdasarkan proses percambahan ilmu dan peningkatan agama yang ditangani oleh golongan wanita. Hal ini kerana selepas kemerdekaan Tanah Melayu, rata-ratanya institusi pendidikan tinggi dikuasai oleh golongan wanita yang akhimya dapat menjana kepada pengangkatan kedudukan Muslimah di mata dunia. Didapati bahawa hasil penguasaan ilmu yang disejajarkan dengan agama melalui tarbiah dan islah sebagai tunjangnya, memperlihatkan golongan wanita cemerlang dalam banyak aspek yang merangkumi sosial, budaya, ekonomi dan lain-lain. Penelitian ini terakam menerusi karya-karya sastera Melayu dengan menjadikan watak wanita MelayuMuslim sebagai paksi perutusan untuk memugar kecemerlangan sama ada di duniawi mahupun ukhrawi. Sehubungan itu, makalah ini merungkai tentang wanita Melayu Islam pascamerdeka dalam menggalur nilai tarbiah dan islah menerusi novel Tunggu Teduh Dulu dan Surat-surat Perempuan Johor yang kedua-duanya dihasilkan oleh Faisal Tehrani


Kata kunci: Nilai tarbiah, Nilai islah, Wanita Melayu Islam selepas merdeka, Tunggu Teduh Dulu Novel, Surat-surat Perempuan Johor Novel. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Kamarudin, K. (2011). NILAI TARBIAH DAN ISLAH WANITA MELAYU ISLAM PASCAMERDEKA: SATU ANALISIS TERHADAP NOVEL TUNGGU TEDUH DULU DAN SURAT-SURAT PEREMPUAN JOHOR: THE VALUES OF TARBIAH AND ISLAH IN POST INDEPENDENCE MUSLIM MALAY WOMEN: AN ANALYSIS OF TUNGGU TEDUH DULU AND SURATSURAT PEREMPUAN JOHOR NOVELS. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 22(1), 164–184. Retrieved from https://sare.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9655
Section
Articles