TRANFORMASI MEDIUM DARI TRADISI LISAN, TEKS DAN BENTUK MULTIMEDIA DALAM CERITA UNGGAS TRANSFORMATION OF MEDIUM FROM ORAL TRADITION TO TEXT AND MULTIMEDIA IN UNGGAS TALES

Main Article Content

Madiawati Mamat@Mustaffa
Arbaie Sujud

Abstract

Tradisi lisan merupakan satu bentuk hiburan yang popular dan penting pada masa dahulu kerana masyarakat belum lagi terdedah dengan teknologi. Tukang cerita merupakan orang yang bertanggungjawab mempersembahkan pelbagai bentuk cerita mengikut kemahiran dan kreativiti yang tersendiri. Namun begitu peranan dan fungsi penglipur lara sudah berkurangan dengan adanya medium penyebaran cerita secara bertulis iaitu dengan adanya hasil-hasil sastera dalam bentuk buku. Kemajuan teknologi dan komunikasi juga sekali lagi membawa kepada perubahan penyampaian serta penyebaran karya sastera. Hasil-hasil sastera dipersembahkan dalam bentuk interaktif dengan menggunakan elemen multimedia. Ketiga-tiga bentuk penyampaian karya sastera ini memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan gagasan pengarang sekali gus mendekatkan karya dengan masyarakat. Perisian Cerita Unggas merupakan contoh karya sastera yang sesuai untuk dikaji aspek tradisi lisan, bentuk tulisan dan bentuk multimedia kerana cerita ini telah melalui ketiga-tiga proses tersebut.


Oral tradition is a popular and important entertainment form the olden days since society yet to expose with technology. Storyteller is the responsible person who present various form of stories based distinctive skills and creativities. Nevertheless storyteller role and function already had lost its function with are medium story spread in writing with are literature products in writing. Technological and communication development also again brings to delivery changes literary work. Literature form performs in interactive form by using multimedia element. "Cerita Unggas" software makes suitable example to be studied oral tradition aspect, writing and multimedia form. It had gone through all the three processes mention as above. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mamat@Mustaffa, M., & Sujud, A. (2009). TRANFORMASI MEDIUM DARI TRADISI LISAN, TEKS DAN BENTUK MULTIMEDIA DALAM CERITA UNGGAS: TRANSFORMATION OF MEDIUM FROM ORAL TRADITION TO TEXT AND MULTIMEDIA IN UNGGAS TALES. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 20(1), 163–178. Retrieved from https://sare.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9679
Section
Articles