HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA DARI PERSPEKTIF PENDEKATAN PENGURUSAN HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA FROM THE PERSPECTIVE OF THE MANAGEMENT APPROACH

Main Article Content

Mohamad Zuber Ismail
Sara Beden
Mohamad Mokhtar Abu Hassan

Abstract

Makalah ini menganalisi unsur pengurusan yang terdapat dalam cerita lipur lara, iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah Pendekatan Pengurusan dengan memberi fokus terhadap Prinsip Kepimpinan, iaitu salah satu prinsip dalam Pendekatan Pengurusan yang diutarakan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan. Kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks merupakan dua kaedah yang diaplikasi dalam kajian ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis Prinsip Kepimpinan yang digunakan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Hasil analisis memperlihatkan Prinsip Kepimpinan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda amat dominan dan signifikan dalam menggambarkan pengurusan kepimpinan bertitik tolak daripada analisis terhadap struktur karya. Pengurusan kepimpinan ini menyerlah daripada dasar dan mekanisme pentadbiran yang berwawasan dan berpandangan jauh, berjiwa rakyat, kebijaksanaan dan kesantunan berkomunikasi serta bersemangat waja. Secara kesimpulannya, Prinsip Kepimpinan yang dipaparkan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda ini dapat mengangkat aspek pengurusan dalam teks karya sastera tradisional.


Kata kunci: pendekatan pengurusan, prinsip kepimpinan, cerita lipur lara, dimensi pentadbiran, karya sastera tradisional


This article will be concentrating on managing the elements found in folklore, the Hikayat Awang Sulung Merah Muda. The approach used in this study is the Management Approach by focusing on the Principles of Leadership, one of the principles in the Management Approach advocated by Mohamad Mokhtar Abu Hasan. Library research literature and methods of textual analysis are the two methods applied in this study. The main objective of this study was to analyze the Leadership Principles used in the Hikayat Awang Sulung Merah Muda. The analysis showed Leadership Principles in Hikayat Awang Sulung Merah Muda as very dominant and significant in describing leadership management arising from the analysis of the structure of the text. Management leadership is prominent for administration policy and visionary foresight, wisdom, politenesss of communication, resilience and spirit of the people. In conclusion, Leadership Principles as displayed in Hikayat Awang Merah Muda can enhance the management aspects of traditional literary texts.
Keywords: management approach, principles of leadership, folklore, dimension of administration, classic literature

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Ismail, M. Z., Beden, S., & Abu Hassan, M. M. (2017). HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA DARI PERSPEKTIF PENDEKATAN PENGURUSAN: HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA FROM THE PERSPECTIVE OF THE MANAGEMENT APPROACH. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 26(1), 95–116. Retrieved from https://sare.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9697
Section
Articles