TEORI SEMIOTIK PEIRCE DAN MORRIS: SATU PENGENALAN KAEDAH ANALISIS SASTERA

Main Article Content

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali

Abstract

Tulisan ini meneliti teori semiotik Peirce dan teori semiotik Morris dalam karya sastera Melayu. Morris merupakan pengikut Peirce yang terdekat dan beliau banyak mengambil konsep Peirce terutama mengenai proses semiosis triadic. Namun demikian, terdapat beberapa persamaan dan perbezaan dalam teori mereka. Teori semiotik berasal dari Barat dan istilah semiotik itu berasal daripada istilah Yunani, iaitu "semeion" yang bererti tanda. Oleh yang demikian, semiotik bererti ilmu tanda, iaitu salah sate cabang ilmu yang berkaitan dengan pengkajian tanda dan segala sesuatu yang berhubung dengan tanda, seperti sistem tanda dan proses yang berlaku bagi penggunaan tanda (Aart van Zoest, 1993: 152). Pemikiran tentang tanda atau "semeion" oleh ahli-ahli falsafah Yunani dikatakan bermula sejak dua ribu tahun lalu. Plato dan Aristotle, iaitu dua orang ahli falsafah Yunani yang masyhur merupakan perintis awal semiotik. Mereka telah memperkenalkan teori bahasa dan makna. Plato memeriksa asal-usul bahasa dalam Cratylus dan Aristotles melihat kata benda dalam bukunya, Poetics dan On Interpretation (Paul Cobley dan Litza Jansz, 1997: 4). Usaha mereka ini walau bagaimanapun cuba dihapuskan oleh golongan "Stoics" yang berpandangan bahawa teori itu tidak wajar dan sukar dipertahankan keunggulannya (Mana Sikana, 1998: 152). 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Tengku Mohd. Ali, T. I. M. (2007). TEORI SEMIOTIK PEIRCE DAN MORRIS: SATU PENGENALAN KAEDAH ANALISIS SASTERA. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 18(1), 157–171. Retrieved from https://sare.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9741
Section
Articles