APLIKASI GIS DALAM ANALISIS RUANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN PRASEKOLAH KERAJAAN DAN TADIKA SWASTA DI KUCHING SARAWAK
Keywords:
Analisis Ruangan, Global Moran’s I, Getis Ord Gi*, Prasekolah, Tadika, KuchingAbstract
Kebanyakan ibu bapa pada masa kini cenderung menghantar anak-anak untuk mendapat pendidikan di prasekolah kerajaan dan tadika swasta. Objektif kajian ini mengenal pasti taburanruangan dan kawasan tumpuan institusi pendidikan prasekolah dan tadika di Kuching Sarawak. AnalisisGlobal Moran’s Idigunakan untuk mengenal pasti taburan ruangan manakala Getis Ord Gi*bertujuanmengenal pasti kawasan tumpuan taburan ruangan. Data ruangan terdiri daripada sempadan daerah Kuching, sempadan zon pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Perbandaran Kuching Selatansertadata lokasi (x, y) prasekolah dan tadika di Kuching. Data bukan ruangan termasuklahalamat institusi pendidikan prasekolah awam dan tadika swasta di Kuching. Penemuan menunjukkan institusi pendidikan prasekolahdan tadikadi Kuching adalah bercorak kelompok. Kadar pengelompokan institusi pendidikan prasekolah awam dan tadika swasta adalah sangat tinggi dengan nilai z skor melebihi 2.58 dan nilai p<0.01 dengan paras keyakinan pengelompokan iaitu 99%. Hasil analisis Getis Ord Gi*menunjukkan sempadan DBKU iaitu kawasan Damai (N2) mempunyai kadar pengelompokan institusi pendidikan prasekolah kerajaan dengan paras keyakinan tertinggi iaitu 95%. Zon 1 di bawah pentadbiran sempadan MBKS mempunyaikadar pengelompokan institusi pendidikan tadika swasta tertinggi dengan paras keyakinan 95%.Kajian ini dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memahamicorak ruangan dankawasan pengelompokan taburanpenubuhan institusi pendidikan prasekolahdan tadika di Kuching, Sarawak.