Pandangan Yusuf Al-Qaradawi Mengenai Zakat Pertanian Analisis Isu Terpilih
Main Article Content
Abstract
Artikel ini membincangkan tentang perspektif Yusuf al-Qaradawi dalam fiqh semasa dengan menfokuskan terhadap zakat pertanian. Untuk mencapai objektif tersebut, kajian ini akan menganalisis pemikiran beliau tentang zakat pertanian dalam kitab Fiqh al-Zakat. Pengkaji menumpukan kepada empat isu zakat pertanian, iaitu sumber pertanian yang wajib dikenakan zakat, nisab zakat pertanian, penolakan hutang, kharaj dan pembiayaan sebelum dikeluarkan zakat dan zakat bagi tanah yang disewakan. Adalah didapati pemikiran al-Qaradawi mengenai zakat pertanian bersesuaian serta relevan dengan realiti masa kini. Ini kerana beliau menggunakan kaedah dan metodologi yang cenderung ke arah memelihara maslahah serta meraikan realiti semasa dan setempat (‘urf) dalam penetapan hukum. Pemikiran beliau ini telah banyak diterima pakai dalam fatwa-fatwa di dunia Islam.