Kemampuan Pelajar Asasi Universiti Awam Malaysia Mengaplikasikan Tatabahasa Arab dalam Kemahiran Menulis
Main Article Content
Abstract
Menguasai Tatabahasa Arab mempengaruhi kemahiran berbahasa terutamanya kemahiran menulis. Oleh itu, tatabahasa Arab perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab agar kemahiran berbahasa terutamanya kemahiran menulis dapat dikuasai dengan baik. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti penguasaan pelajar terhadap tatabahasa Arab dan kemampuan mereka dalam menggunakannya dalam kemahiran menulis disamping menganalisiskan kesalahan tatabahasa dalam penulisan mereka. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif, instrumen kajian yang digunakan ialah soalan ujian penguasaan tatabahasa Arab dan ujian kemahiran menulis. Responden dalam kajian ini terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi di Universiti Awam Malaysia. Analisis deskriptif digunakan untuk melihat tahap penguasaan tatabahasa Arab pelajar. Penentuan kesilapan tatabahasa dalam penulisan dibuat berdasarkan penyimpangan daripada kaedah dan sistem tatabahasa Arab standard. Kemampuan responden dalam menggunakan tatabahasa Arab dalam kemahiran menulis dinilai berdasarkan kemampuan mereka menggunakan tatabahasa Arab dalam penulisan karangan. Dapatan kajian menunjukkan kemampuan pelajar Asasi Universiti Awam Malaysia dalam mengaplikasikan tatabahasa dalam kemiahiran menulis berada pada tahap sederhana.