Sikap Pelajar terhadap Pengamalan Solat Fardu dan Kesannya kepada Pembentukan Sahsiah: Kajian di UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu

Main Article Content

Mohd Khusyairie Marzuki
Mohd Muhiden Abd Rahman
Affendi Ismail

Abstract

Sikap pelajar dalam melaksanakan kewajipan solat fardu sangat berkait rapat dengan kesannya kepada pembentukan sahisah. Kajian ini mempunyai tiga matlamat utama iaitu mengkaji tahap kefahaman solat fardu serta hubungannya dengan sikap dan amalan berasaskan jantina, mengenal pasti faktor-faktor penyumbang kepada pembentukan sahsiah melalui amalan solat fardu dan menganalisis hubungan antara sikap pelajar terhadap solat dengan sahsiah serta kesannya kepada pembentukan sahsiah.. Bagi mencapai matlamat ini, kajian telah dijalankan terhadap 100 responden yang terdiri daripada para pelajar baru sepenuh masa di peringkat pengajian Ijazah Pertama di UiTM Kelantan kampus Kota  Bharu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif ; analisis deskriptif untuk mendapatkan nilai min dan peratus serta analisis inferensi (t-test dan kolerasi pearson). Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Dapatan menunjukkan bahawa responden mempunyai kefahaman tentang  kewajipan solat fardu yang memuaskan dengan skor min 4.75. Namun, sikap pelajar dalam melaksanakan solat fardu masih kurang memuaskan. Hasil dapatan dicadangkan, agar pihak pengurusan universiti dapat memberikan penekanan terhadap pelaksanaan solat dan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingannya.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles