Garis Panduan Pendalilan Berasaskan Ayat al-Ahkam dalam Penghujahan Hukum Islam Semasa di Malaysia

Main Article Content

Mahyudin Daud
Ahmad Najib Abdullah

Abstract

Pendalilan berasaskan Ä€yÄt al-AÃkÄm dalam penghujahan hukum Islam semasa perlu digarispandukan supaya berlaku menurut kaifiat yang ditetapkan oleh para ulama. Garis panduan tersebut bukanlah penditilan terhadap elemen-elemen yang disebutkan dalam karya-karya UÎËl al-Fiqh tetapi merupakan langkah-langkah secara kasar yang perlu diraikan oleh seorang mufti atau penyelidik ketika menjadikan nas tersebut sebagai hujah dalam menetapkan hukum bagi masalah Islam semasa. Ketiadaan garis panduan tersebut boleh membawa impak yang besar kepada hukum yang dikeluarkan. Pembinaan garis panduan tersebut adalah berasaskan dua elemen yang penting iaitu adawÄt fahm al-naá¹£ dan dilÄlah al-alfÄz di samping beberapa perkara teknikal yang lain dalam pendalilan. Artikel ini mengemukakan satu garis panduan secara kasar beserta contoh mudah dalam menjadikan sesuatu nas ayat al-ahkam sebagai hujah kepada masalah Islam semasa. Garis panduan tersebut boleh dimanfaatkan oleh para mufti, panel kajian syariah, penyelidik dan mereka yang terlibat secara langsung dalam pembinaan fatwa dan pembentukan sighahnya dalam menetapkan hukum bagi masalah Islam semasa di negara ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles