Aliran Islah Dalam Tafsir al-Qur’ān: Analisis Terhadap Elemen Pemikiran Islah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH)

Main Article Content

Mohd Ridwan Razali
Mustaffa Abdullah
Mohd Muhiden Abd Rahman
Mohamad Azrien Mohamed Adnan

Abstract

Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menumpukan kaedah analisis dokumen. Didapati kedua-dua tokoh yang terlibat dalam kajian ini dikenali dalam oleh masyarakat Islam di Malaysia sebagai ahli politik. Bahkan tidak ramai yang mengenali mereka berdua sebagai antara ulama tersohor yang giat menyebarkan dakwah kepada masyarakat Islam melalui kuliah-kuliah agama dan penghasilan karya-karya dalam bidang tafsir al-Quran. Analisis kajian menunjukkan kedua-dua tokoh tersebut cenderung mentafsirkan ayat-ayat al-Quran mengikut aliran islah. Hal ini dapat dikenal pasti melalui penelitian yang mendalam terhadap ayat-ayat al-Quran yang terpilih yang ditafsirkan oleh kedua-dua tokoh tersebut dengan berdasarkan bentuk-bentuk islah yang dicadangkan oleh Muhammad ‘Abd al-‘Azīm al-Zarqānī. Hasil daripada analisis kajian menunjukkan kebanyakan ayat-ayat al-Quran yang ditasfirkan oleh kedua-dua tokoh tersebut banyak menyentuh keenam-enam bentuk-bentuk islah yang dicadangkan oleh al-Zarqānī iaitu melibatkan elemen akidah (Iṣlāḥ al-‘Aqā'id), ibadat (Iṣlāḥ al-'Ibādah), akhlak (Iṣlāḥ al-Akhlāq), pengurusan harta (Iṣlāḥ al-MāI), politik (Iṣlāḥ al-Siyāsah) dan kemasyarakatan (Iṣlāḥ al-Ijtimā').

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles