Konsep Mata Wang Kripto Sebagai Mata Wang Dari Perspektif Syariah The Concept of Cryptocurrency as a Currency From a Shariah Perspective
Main Article Content
Abstract
Penggunaan teknologi baru dalam bidang kewangan ataupun fintech telah mengubah sistem-sistem kewangan sedia ada. Salah satu produk fintech yang memberi kesan kepada persekitaran kewangan global ialah mata wang kripto. Lebih daripada sepuluh ribu jenis mata wang kripto yang berbeza wujud sekarang, dengan jumlah nilai pasaran $1.30 trilion. Mata wang kripto juga dilihat berpotensi untuk menjadi alternatif terhadap sistem mata wang sedia ada. Berdasarkan sejarah, sistem mata wang dunia berevolusi dan berubah sesuai dengan peredaran zaman dan kepesatan perkembangan teknologi. Timbul persoalan adakah mata wang kripto mampu untuk menggantikan mata wang sedia ada suatu hari nanti. Kajian ini akan membincangkan konsep mata wang kripto sebagai mata wang dari perspektif syariah.