Konsep Asnaf Mualaf dan Had Pengukuran Mualaf Asnaf Mualaf Concept and Mualaf Measurement Limits
Main Article Content
Abstract
Zakat dilihat sebagai salah satu program jaringan keselamatan sosial dalam melindungi orang yang memerlukan khususnya mualaf. Asnaf mualaf merupakan salah satu daripada golongan yang layak untuk menerima agihan zakat. Walau bagaimanapun, had tempoh pengukuran mualaf memberi implikasi kepada agihan zakat kepada kategori asnaf ini. Kajian ini membentangkan konsep dan had tempoh pengukuran mualaf dalam memastikan jaringan keselamatan sosial golongan ini terjamin. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan bagi mengumpulkan data. Dapatan data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian mendapati bahawa asnaf mualaf dikhususkan kepada mereka yang baru memeluk agama Islam seperti yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri masing-masing. Seterusnya, keputusan mengehadkan tempoh panggilan mualaf kepada lima tahun adalah amat sesuai sebagai satu pengukur untuk mereka menerima bantuan zakat bagi kategori asnaf mualaf.