Konsep Kedaulatan Negara Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia: Analisis Berdasarkan Perspektif Siyadah Syariyyah Concept of National Sovereignty in the Federal Constitution of Malaysia: Analysis Based on Siyadah Syariyyah Perspective
Main Article Content
Abstract
Kajian ini membincangkan kedaulatan negara berdasarkan perspektif siyasah syariyyah. Selain itu, kajian ini turut melakukan perbandingan konsep kedaulatan menurut siyasah syariyyah dan konsep sovereignty Barat serta aplikasi dalam perundangan di Malaysia melalui Perlembagaan Persekutuan. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dan kajian perpustakaan dengan menganalisis pelbagai sumber primer dan sumber sekunder. Dapatan kajian mendapati bahawa kedaulatan negara atau sovereignty turut dibincangkan dalam siyādah syariyyah. Islam mengiktiraf konsep kedaulatan sebagai asas dalam pembinaan negara. Walaupun Islam dinyatakan sebagai agama rasmi persekutuan melalui Perkara 3, namun peruntukan sedia ada yang terdapat dalam Perlembagaan menyebabkan konsep ḥākimiyyah dalam siyādah syariyyah tidak dapat diwujudkan sehingga kini. Seterusnya, ianya turut menatijahkan kegagalan dalam usaha untuk melaksanakan undang-undang Islam seperti hudud, qisas dan sebagainya.